Hanya dari RM0.04 semuka???!
Murah? Ya! Memang lagi murah daripada harga untuk fotostat I/C!
Sememangnya kami bermurah hati memberikan yang TERMURAH tapi tetap mengekalkan keunggulan mutu yang diadun dengan goresan pena dan palitan warna yang menghasilkan Karya Creative!
Jadi, tunggu apa lagi? Belek-beleklah katalog online kami sekarang dan pilihlah yang berkenan di hati, memandangkan diskaun hebat ni hanya untuk tempoh terhad sahaja! Lagipun kami baru tambah beratus-ratus lagi produk kami untuk jualan online!
JUALAN SUPER GILA ini akan bermula pada 09.10.11 hingga 31.12.11! Bunyi memang macam lama, tapi ingat, stok TERHAD! Anda juga boleh datang ke Creative Corner Bangsar, Creative Corner Kuantan serta tapak-tapak promosi kami untuk mendapatkan diskaun yang super gila!
Antara kategori diskaun yang kami tawarkan:
- - Novel dan Koleksi Clearance : RM4 (TERMASUK KOS POS)
- - Buku Pra-Sekolah : RM5 (TERMASUK KOS POS)
- - Novel, Buku Umum & Novel Creative Adventure : RM5
- - Novel dan Koleksi Bestseller : -20%
- - Novel dan Koleksi Clearance : -50%
Penulis Juliana Sukmawati Abd Malik, atau dikenali sebagai Liana Afiera Malik yang terkenal dengan novelnya yang bertajuk Bukan Puteri Lindungan Bulan telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 31 Julai 2011 jam 12.15 am pada usia 38 tahun di Hospital HUKM.
Beliau kemudiannya dikebumikan di Cangkat Petai, Perak keesokan harinya jam 10.00am. Kematiannya seperti yang telah dimaklumkan oleh suami beliau adalah akibat terjatuh di depan bilik air dan sudah lama menghidap penyakit tirod. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar dan begitu bermakna dalam dunia penulisan.
Liana Afiera Malik merupakan seorang penulis yang profilik dan begitu berbakat. Beliau menjadi inspirasi kepada penulis-penulis muda yang lain agar menjadikan bidang penulisan sebagai pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Beliau berjaya membuktikan bahawa angan-angan penulis boleh mendatangkan pendapatan tahunan yang lumayan.
Bermula dari bawah, berkat dengan kegigihan dan sikap dedikasi beliau selama ini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah novel dalam usia yang masih muda.
Novel Bukan Puteri Lindungan Bulan telah menempa sejarahnya yang tersendiri di industri perbukuan CESB. Novel yang paling tebal setakat ini dengan ketebalan 1211 halaman telah dilancarkan di Johor Bahru pada 14 Februari 2002, diikuti pelancaran rasminya di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2002. Seterusnya novel ini telah dilancarkan di beberapa buah bandar utama di seluruh negara menerusi program Roadshow BPLB yang julung-julung kalinya diadakan seumpama ini di Malaysia.
Novel-novel beliau yang lain yang turut diterbitkan di bawah naungan CESB ialah:
- -Memori
- -Kasih Antara Musim
- -Inginku Sandarkan Harapan
- -Assyida
- -Yoyo 1-5
- -Promise!
- -Dan... Mimpi Pun Berguguran
- -Janji Assila
- -Kompilasi Yoyo 1-3 : Eh! Iye Ke Ni?
- -Kombinasi Yoyo 4-6 : 1, 2, 3... I Love You!
- -Kombinasi Yoyo 7-9 : Jealous La Pulak!
- -Kompilasi Memori
Setiap yang akan datang akan pergi dan setiap yang pergi tak akan kembali. Tanpa kita sedari semua itu akan kita lalui. Walaupun kita tidak tahu bila masa itu akan tiba untuk menjemput kita, namun, kita selalu diingatkan agar selalu berdoa dan berserah kepada-Nya. Ucapan takziah warga CESB ucapkan kepada keluarga arwah Liana. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah...