Panduan Penulis

Panduan Penulis


Anda ingin menjadi penulis? Ingin menyertai keluarga CESB? Baca panduan ini untuk maklumat lanjut.


Creative Enterprise Sdn. Bhd. seperti juga syarikat-syarikat penerbitan yang lain mempunyai stail atau gaya penerbitan mereka sendiri. Namun CESB lebih banyak terpengaruh dengan gaya penerbitan dewan dari segi ejaan. CESB akan merujuk kepada Kamus Dewan untuk mengenal pasti ejaan sama ada di dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Namun di dalam semua keadaan sama ada dari segi pengistilahan mahupun pembinaan ayat, CESB lebih gemar membiarkan pengarang mencipta gaya mereka sendiri selagi ia tidak menjejaskan keseluruhan penceritaan itu sendiri.


Seboleh mungkin CESB amat berharap agar setiap pengarang mempunyai stail mereka sendiri yang mana ia akan lebih mendekatkan pengarang kepada pembaca dan seterusnya mengumpulkan peminat di kalangan audien. Setiap pengarang mempunyai pengikut mereka sendiri tidak kira sama ada sudah lama berada di dalam dunia penulisan mahupun baru menceburi bidang ini.


Secara dasarnya, CESB telahpun menggariskan beberapa panduan kepada penulis yang ingin menjadi sebahagian daripada warganya. Kami amat mengalu-alukan sebarang penyertaan di kalangan penulis dari segenap lapisan masyarakat dan budaya untuk dinilai sebelum diterbitkan.


1. Karya hendaklah asli.


Tidak ciplak daripada mana-mana terbitan, stensilan atau apa juga yang bukan hasilan anda.


Tidak diterjemah daripada mana-mana buku dan mana-mana bahasa.


Tidak disadur daripada mana-mana sumber atau terbitan lain.


Tidak merupakan bahan yang ditakrif sebagai bahan skunder yang boleh diertikan sebagai mendominasi karya anda.


Atau apa-apa juga bentuk yang meragukan keaslian karya anda.


2. Jika karya anda karya terjemahan. Hendaklah disertakan buku asal dan salinan.


Nyatakan sama ada anda sudah mendapatkan kebenaran sama ada daripada pengarang, penerbit atau ejen yang diiktiraf oleh kedua-dua pihak.


Jika naskhah yang anda terjemahkan itu belum diterbitkan, sila kemukakan surat kebenaran daripada pengarang asal atau alamat pengarang asal yang boleh dihubungi penerbit.


3. Karya anda hendaklah tidak mengandungi hal-hal yang boleh ditakrif melanggar atau mencabuli undang-undang negara.Akta hasutan. Akta fitnah. Akta rahsia rasmi. Akta keselamatan dalam negeri. Akta hak cipta.


4. Karya anda hendaklah dicetak di atas satu muka sahaja, dilarang sama sekali mencetak secara depan belakang. Sila gunakan font yang bersaiz 12.


5. Karya anda hendaklah ditaip langkau dua baris dan ditaip di atas kertas putih. Anda perlu menyerahkan disket beserta manuskrip yang telah diprint. Manuskrip hendaklah dibainding. (Dibainding menggunakan fail folder @ ABBA fail).


6. Karya anda mestilah salinan asal (bukan fotostat) dan dijilid kemasserta dinomborkan pada setiap halaman.


7. Karya anda mestilah menggunakan ganti nama diri orang ketiga kecuali di dalam dialog atau monolog.


8. Ketebalan halaman. Bagi novel remaja atau kanak-kanak, tidak kurang daripada 250 halaman manakala novel Creative dan Laman Hati ialah 450 halaman atau lebih.


9. Sekiranya karya anda layak diterbitkan dan bukan karya pertama anda dengan penerbitan lain, maka anda berhak menerima bayaran royalti sebanyak 8% untuk novel remaja dan kanak-kanak, dan 12.5% untuk novel Creative dan Laman Hati, daripada harga invois.


10. Sekiranya anda penulis baru dan> belum pernah menghasilkan sebarang karya, pihak penerbit akan membayar secara lump sum untuk karya anda yang pertama. Manakala untuk karya kedua, dikira sebagai royalti.


Sertakan juga biodata dan gambar penulis untuk rujukan pihak kami.