Abdul Rahim Awang

Susunan Penulis Lain

BARA -50% 50%

BARA -50%

Di lembah yang penuh dosa dan noda ini, terhidang dendam kesumat yang disembunyikan dalam longgakan nikmat yang membahang. Antara kebenaran dan nafsu yang tidak pernah mengenal Tuhan, keseronokan digandarkan… dijunjung bersama keegoan membuta tuli. Rezeki daripada lendir yang hanyir, di pesta dunia yang beriramakan nafsu yang meloyakan. Diiringi gendang dan tarian gila yang mengkhayalkan. Kuasa menjadikan mereka leka di dalam memburu kekayaan dan keseronokan dunia. Rangkaian-rangkaian haram dijalankan… dan lorong-lorong hitam menjadi pilihan. Ranjang menjadi santapan nafsu yang tidak tahu memilih halal dan haram. Kepuasan menjadi sasaran. Lalu kematian mengakhiri dendam… dan pembelaan ini terbayar jua akhirnya.
EGO -50% 50%

EGO -50%

Salina menyayangi peria-peria itu. Bersama mereka, Salina mengorak langkah mewarnai kehidupan yang baru bermula, jatuh bangun, bersusah payah meredah segala onak dan cabaran yang ada waktu-waktunya menggegarkan hati dan emosi. Dan sebagai manusia biasa, Salina ada waktu-waktunya terlepas kata. Terbabas gurauan... menyalah anggap antara kebenaran dan ketidakjujuran. Menyelami tiap hati antara mereka, Salina tidak temui luka silam yang telah menular menjadi dendam. Dendam yang kini telah menjadi racun antara mereka. Lalu ikatan persahabatan yang tersimpul erat, tiba-tiba bertukar menjadi ranjau yang mengerikan. Terjerat. Sedikit kesilapan akan menjadikan Salina mangsa terakhirnya...
KOMPILASI GENERASI YANG HILANG-50% 50%

KOMPILASI GENERASI YANG HILANG-50%

Hilanglah sebuah generasi apabila manusia hilang pertimbangan dalam hidup. Pupuslah juga sebuah generasi apabila manusia hilang punca. Kemelut ini berpunca daripada satu titik, iaitu Murad. Murad adalah manusia agung. Dia adalah permata dan juga adalah suria. Tetapi dia juga racun yang merosakkan generasinya. Kenapa? Petaka ini juga yang mencarik-carikkan generasinya. Ihsan adalah satu-satunya bibit yang tertinggal. Di manakah Nordin, Normah, Nita, Ismail dan Lisa?
PULANG-50% 50%

PULANG-50%

Kau sememangnya cantik, Lin. Kau mampu menggetarkan naluri dan nafsu para lelaki yang dahaga… kau punya segala-galanya, cita-cita, impian. Kau pernah memberitahuku bahawa kau ingin menjadi Cleopatra moden yang berkuasa dan digilai oleh ramai lelaki. Semua lelaki tunduk di bawah telapak kakimu. Namun kau tidak tahu yang aku juga tahu bahawa kau sudah muak dengan semua daki dunia ini. Walaupun zahirmu kaya namun jiwamu kontang. Kau kekeringan kasih sayang yang tak mampu kau miliki dengan kekayaan yang kau punyai. Kau mampu membeli lelaki dan dunianya namun kau gagal membeli sekeping hati suci milik lelaki yang hanya perlukanmu tika kehausan sahaja…. Kau perempuan yang paling malang, Lin… Jalan pulang untukmu tidak pernah menemui titik….
REALITI-50% 50%

REALITI-50%

Cinta itu telah mula mebutakan matanya. Mengheretnya dalam kancah rumah tangga yang penuh kekejaman. Bila nafsu ditindas buas… bila kasih sayang diperkosa penuh kejam… apalah ertinya sebuah perkahwinan. Memiliki seorang suami yang tidak tahu menghargai, lebih baik mati daripada terseksa sampai mati. Mazliza sengsara… Mazliza menderita jiwa dan raga. Jalan ke luar juga bagai dipenuhi cerucuk… tersalah langkah, maut menantinya di mana-mana. Sedang dia perlu hidup untuk seribu tahun lagi. Demi Sarah, permata hati yang disayangi. Lantaran tidak ingin mengaku kalah, Mazliza menyerah seluruh jiwanya pada Ron. Bersama lelaki itu. Mazliza temui cintanya yang hilang, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus nafsu yang tidak bertepi… demi memohon pelindung untuknya bernaung. Ketangkasan Ron, satu kekaguman padanya, keberanian Ron, memberi kekuatan padanya… dan bersama lelaki itu ada kepuasan yang tidak pernah dikecapinya… walaupun dia sedar, ada bahaya yang menanti di luar sana….