PELANGI IMPIAN-50%
Tiba-tiba dia kehilangan identiti diri. Keliru dengan salahsilah yang mengaibkan… malu dengan kenyataan yang terbentang di hadapan. Siapa dia sebenarnya? Lalu inilah ranjau-ranjau yang merintangi perjalanan hidup Uzair. Malu dan keliru… Uzair kehilangan arah di dalam keributan fikiran. Memilih untuk bersembunyi … Uzair terkesan aib yang mengekori. Ketawa-ketawa menyakitkan. Sindiran-sindiran yang membakar perasaan. Namun Uzair kiranya tidak sendirian mendepani dugaan, bilamana Usaid perlahan-lahan cuba merungkai persoalan yang tersimpul kusut. Menghuraikan kekeliruan seorang abang yang selama ini tonggak harapan. Abang yang banyak berkorban sehingga menjadikan dirinya berjaya dan berjawatan. Menepis prasangka, menolak segala andaian… perhitungan rupa-rupanya tidak menemui kesilapan. Dan kekeliruan memberikan jawapan bilamana kekeruhan bertukar jernih. Dan itulah kehidupan… tidak sunyi daripada kesilapan dan ketidaksempurnaan. Lalu bersama doa yang tidak putus, Uzair kembali mencari identiti diri…
