Aini

Susunan Penulis Lain

TIADA LAGI CINTA-50% 50%

TIADA LAGI CINTA-50%

Hidup ini penuh kecerian dan warna-warni indah. Kita tidak pernah mahu tahu apa itu kedudukan lantaran masa untuk kegembiraan mewarisi sebahagian besar daripada hidup kita tika itu. Kau bersama kenakalan dan kelincahanmu dan aku bersama kenakalan dan kedegilanku. Kita tahu wujud tika duka itu hanya saat kita dihukum kerana kegilaan dan kenakalan yang sama-sama kita pertontonkan. Selebihnya, hanya hamparan bunga-bungaan yang mewangikan perjalanan hidup kita. Namun kita tidak pernah menduga bahawa harinya akan tiba bilamana kita dipisahkan oleh pegangan prinsip dan kehadiran cinta yang mengocakkan ketenangan hidup kita bersama. Untaian kristal yang pernah kita karang bersama, putus dan berserakan entah di mana. Kau bersama cinta dan pegangan diri yang goyah sementara aku masih setia di sini bertemankan janji dan prinsipku yang kau permainkan. Lalu kita kian terpisah oleh batasan waktu yang tidak berjalan seiringan…