Biasan Prisma
Dikautnya serpihan harapan,digubal menjadi impian.Maka,lentera cinta mula membiaskan cahaya biru.Hartini menangguk kasih Azman di kali yang berdebu,di mana Mastura lebih dahulu bercanda di situ.Hartini mula menapak di lembah gersang yang ketandusan lopak cinta.Garit-garit piu mula mencemar mimpi indah dan biasan prisma mula memedihkan mata cinta.
