CERITA CINTA -50%
Kita sama-sama membaja hubungan ini menjadi sebuah persahabatan yang sukar diungkap. Kau menjelma secara tiba-tiba pada saat yang tidak kuduga. Kita mula mesra seiring masa yang berlalu. Kau selalu muncul tika aku benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan. Namun tanpa kusedari, masa-masa yang berlalu telah memutik satu perasaan yang tidak sepatutnya kuzahirkan kerana aku ini kepunyaan orang. Aku mengusir perasaan ini jauh ke lubuk hatiku agar tidak bisa dijejaki oleh sesiapa pun termasuk diriku sendiri.
Aku juga cuba menjarakkan hubungan kita namun aku tidak berjaya menghindarinya. Ada ketika-ketikanya kau juga menzahirkan perasaan tidak bernama itu kepadaku. Tetapi aku terlalu takut untuk sama menyambutnya kerana tidak mahu dituduh manusia curang biarpun aku sendiri tidak pernah mengenali siapa tunanganku…
