Annur Puteri

Susunan Penulis Lain

BIARKAN SAJA 50%

BIARKAN SAJA

Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya. Sejauh mana pun dia berlari, bayang-bayang itu sentiasa mendekatinya. Namun, demi junjungan kasih yang tidak terhingga, kali ini dia rela. Rela dalam terpaksa. Dalam tangis, dalam sendu dia tersenyum. Mengharungi hari-hari mendatang dengan luka yang terpendam. Siapa yang menduga, di sebalik duka itu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.
CINTA DIMANA?  -50% 50%

CINTA DIMANA? -50%

Adakah kemiskinan sering meneruja pertimbangan. Membelenggu pendirian. Apa pilihan yang Mokhtar ada? Sememangnya Mokhtar dan Azizah tiada pilihan. Perjanjian yang dilafazkan cuma bisikan angin lalu lantas membinasakan gugus-gugus rindu yang mengorak kelopak. Ke manakah rindu ini harus diarahkan? Ke mana kasih ini harus diberikan? Mokthar tiada jawapan. Azizah juga tiada jawapan. Masing-masing menunggu dan terus menunggu walau sesekali kewalahan…
CINTA SUFI -50% 50%

CINTA SUFI -50%

Ada keberanian yang khas pada penulis novel ini yang cuba membongkar kegelisahan dan citra wanita yang terbelenggu dalam masa silamnya. Annur Puteri berjaya melahirkan watak gadis intelek dan dinamik. Dia bukan paranoid atau androphobia dengan lelaki. Tetapi di dalam dirinya kental dengn dinamika wanita alaf baru. Cinta yang ditagihnya, bukan cinta ala remaja Melayu kontemporari, sebaliknya cinta yang berbobot. Ini terjadi kerana masa lalu Sufi, yang banyak mengajarnya menjadi perempuan yang lebih berhemah dan bijaksana, khasnya ketika berdepan dengan dunia lelaki. Dua jejaka yang jatuh hati dengannya, Helmi dan Danish menjadi objeknya dalam mencari keikhlasan dan kesucian cinta mereka. Kenapa Sufi memiliki watak yang begitu unik? Bukan sahaja pengalaman masa lalu yang melingkari diri dan keluarganya turut mematangkan peribadi gadis yang istimewa ini, tetapi juga realiti kehidupan masa kini. Justeru, Cinta Sufi wajar dibaca oleh generasi remaja dan para siswa Melayu dalam kerangka membentuk sahsiah yang proaktif dan dinamik. Di dalam diri Sufi ada sesuatu yang tidak dimiliki wanita lain dalam zaman serba mencabar ini.