BINTANG HATI
Lebih sedekat Nurul Iman menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. segalanya hanya kerana kasih dan sayang pada sang arjuna hati yang tidak jadi dikahwini. Namun kehadiran Nafis, umpama cahaya yang menerangi malamnya yang suram tidak berbintang. Nafis, lelaki sempurna. Jejaka impian wanita. Namun kesempurnaan Nafis tidak berjaya membawa Nurul Iman ke alam cinta. Lalu, Ilham hadir mencuri ruang-ruang kosong yang yang gagal dipenuhi oleh Nafis. Dan perasaan sayang, diam-diam Ilham ayam dengan harapan agar kasih mereka akan disatukan. Namun dalam diam-diam juga... Nurul Iman menolak kasih Ilham. Cinta Nurul Iman hanya pada lelaki itu. Lelaki yang tidak jadi dikahwininya dahulu. Kemunculan Harith yang tiba-tiba itu, benar-benar menguji kesetiaan Nurul Iman. Bintang di hatinya bersinar kembali. Namun, kehadiran Laura bagai membawa kasihnya pergi. Inikah dendam yang bertahun disimpan di hati lelaki itu? Dan inikah masanya untuk Harith melihat dirinya sengsara? Sedangkan Nurul Iman tidak pernah sedar, hanya dia yang Harith cinta buat selamanya...
