KEJORA DI KAKI LANGIT-50%
Apa yang aku perolehi hari ini adalah hasil kerja keras yang bukan sedikit. Segala-galanya menuntut kesabaran… segala-galanya menuntut pengorbanan. Demi harapan dan impian seorang ibu, aku gagahi diri bangkit dari timbunan kekalutan, lelah dan kekecewaan. Kala itu tidak ada siapa peduli tentang harga sebuah jiwa, makna sebuah cinta, derita dan nilai setitis air mata. Tidak ada siapa yang peduli dan mengerti…. Namun aku tekad, sesekali tidak akan mengizinkan kesusahan lalu menjejaki kejayaanku hari ini. Aku ingin menjadi kejora, menyinari malam yang kegelapan, menyeri taman angkasa yang luas. Kalau tidak pun, cukuplah sekadar menjadi kejora di hati mereka yang aku kasihi dan sayangi.
