Diya Elora

Susunan Penulis Lain

DEMI CINTA INI 50%

DEMI CINTA INI

Kuintai kejora yang kurindui... mencari cahayanya menemani hatiku yang lara. Menyuluh perjalananku yang kian tidak menentu saat aku kehilanganmu. Vince, biarpun cintaku padamu bukan cinta pertama... kesannya cukup mendalam dan bermakna. Lalu saat kasihmu aku simpul menjadi satu, terpenjara aku dalam sangkar kasihmu. Vince... walau duri dan onak yang kau tabirkan di sepanjang perjalanan... walau badai dan ombak ganas yang menghalang pelayaran... aku tak pandai memungkiri kata-kata cinta yang pernah kita lafazkan...
GELORA DITASIK BIRU 50%

GELORA DITASIK BIRU

Bukan tidakku tahu mawar itu berduri. Bukan tidakku hati-hati. Namun semerbak harummu, sesekali aku lupa diri. Lupa pada amaran-amaran yang pernah kau lontarkan, lupa pada ikatan yang menjadi penghalang. Lalu tunas kasih yang cuba kau bunuh… diam-diam, aku baja dan siramkannya. Aku semai dan aku jaga. Lalu bunga-bunga cinta mengharum dan memenuhi lamaran asmara. Kekasih, aku ingin memilikimu…tapi aku tahu aku tak mampu. Menyentuhnya… aku bimbang hatiku sendiri yang terluka.
ILLUSI SEBUAH CINTA 50%

ILLUSI SEBUAH CINTA

Cinta... hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan.... Pemergiannya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, pemergiannya merantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan.... Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan. Namun takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menanti untuk disatukan setelah dia cukup-cukup bersedia berdepan dengan kenyataan dengan menerima gadis yang bukan pujaan. adalah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi? Kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya.... Mampukah cinta yang bersulamkan pendustaan dilestarikan...
LAGU-LAGU RINDU 50%

LAGU-LAGU RINDU

Dia kepingin dimiliki, dibelai dan disyangi… kerana ia menjadikan kehidupan itu sesuatu yang cukup bermakna dan indah. Namun selama mana dia mampu memiliki yang indah-indah. Diri diuji bukan sekali… dan kerana itu dia kewalahan. Dia ingin lari… lari jauh dari realiti yang menyakitkan. Dia bukan lagi Amal Mahiran yang setia. Setia menyaksikan suami bermain cinta dengan bayang-bayang Mariana. Dan dia bukan boneka yang seenaknya dipermainkan hati dan perasaan oleh Hady yang hanya tahu memburunya demi menagih sumpah dan janji yang telah dilafazkan. Tuhan… jika dia diberi peluang kedua, dia rela bersendirian kerana bersendiri itu memberi ketenangan yang hakiki…