Ebriza Md Aminnudin

Susunan Penulis Lain

AKU CINTA KAMU -50% 50%

AKU CINTA KAMU -50%

Bukan setahun dua aku simpan rasa tersinggungku ini padamu. Bertahun lamanya aku biarkan ia begitu... dan terus kekal begitu. Sehinggalah bila kita ditemukan semula, kau dan aku rupa-rupanya telah jauh berbeza. Masa dan keadaan mengajar aku menjadi manusia cepat pandai. Namun tidak cepat melupakan... dan sesekali tidak akan melupakan. Ezzy... andai paras rupas yang menjadi taruhan... Sya rela meletakkan diri ini sebagai taruhanmu. Sya akan lakukannya demi sebuah dendam. Dan itulah yang tidak mampu Sya lakukan sejak dahulu lagi.... ingin melihat kau tersungkur di hujung kaki seorang perempuan yang hatinya telah mati kerana dicuri. Lalu aku pun bermain ‘sembunyi-sembunyi’ untuk mengaburkan mata dan hatimu. Dan kau tidak pernah mengesyaki kewujudanku di tengah-tengah gelanggang permainanmu. Sedang aku saban waktu tersenyum menang pada setiap permainan yang engkau ciptakan. Kemenangan yang aku raikan bersama teman-teman. Kemenangan yang seringnya menerbitkan rasa rindu dan kasihku padamu. Kerana hatiku sebenarnya telah lama tewas pada setiap permainan ciptaanmu...
KAU YANG TAK MENGERTI-50% 50%

KAU YANG TAK MENGERTI-50%

Aku pernah bertanya kepada diriku sendiri, mengapa tidak kuputuskan sahaja perhubungan yang sia-sia dan menyakitkan ini. Namun aku enggan memikirkan kesudahannya walau jauh di lubuk hatiku telah tersedia jawapannya. Aku pasrah dalam menghadapi segalanya walau bukan ini jalan yang kupilih… ia sudah ditakdirkan. Dalam sedar aku cuba menyirat luka-luka di hati yang aku sendiri sedar sinar bahagia bersamanya kian malap. Apa lagi tinggal untukku di bumi yang serba asing ini selain dia yang kuharapkan menjadi pelindungku biarpun hatiku tidak pernah mengakui bahawa aku selamat di dalam dakapannya yang kian jauh dan jauh…