Fatinilam Sari Ahmad

Susunan Penulis Lain

MEGALOMANIA 50%

MEGALOMANIA

Apabila kepercayaan orang telah lenyap, kehormatan diri telah musnah, diri diibaratkan menemui kematian. Itulah yang berlaku dalam hidup Andy Farhan. Musibah datang bertimpa-timpa tanpa dia berupaya menepisnya. Kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia ditubuh membunuh isteri dan adik tirinya sendiri. Tiada siapa yang simpati kecuali gadis itu… Noreen Sheila. Seorang peguam yang juga adik sepupu yang telah lama terpisah, merangkap kekasih di dalam diam. Dia berjuang untuk membersihkan namanya yang telah tercemar dan yang paling penting, dia kini turut berjuang untuk merebut kembali cinta Sheila yang telah lama terbiar… dia bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi pada hari-hari yang mendatang kerana semalam telah menjadi guru yang mengajarnya erti kehidupan.
MEGALOMANIA 2-50% 50%

MEGALOMANIA 2-50%

Dia kehilangan tatkala hampir-hampir berdiri di kaki pelamin. Hati siapa yang tidak pilu tunangan hilang pada hari pernikahan. Ke mana dia harus mencari? Berbulan derita rindu terpaksa ditanggung. Namun Noreen Sheila tetap menaruh harapan, suatu hari Andy Farhan akan pulang ke pangkuannya.Ritma rindunya berlalu sepi… saban waktu mengharap Andy Farhan kembali. Namun setelah lelaki itu pulang, Noren Sheila terperangkap dalam cinta Jasman yang sentiasa sanggup berbuat apa sahaja demi merialisasikan satu dendam.
MEGALOMANIA 3 50%

MEGALOMANIA 3

Telah aku tinggalkan memori bersamamu. Memori indah yang tidak akan berulang kesekian kalinya. Walaupun dibelit duka, diselit sembilu aku teruskan hidup bersama si dia. Cukuplah sampai di sini rindu ini. Namun, cahaya yang diharap apabila bersamanya hanyalah suram bak malam tanpa bintang. Aku tidak beerti baginya, Abang Farhan… jika kau menderita di sana, aku cukup terseksa di sini. Diseksa zahir dan batin tanpa belas oleh dia kerana dendam yang tiada berkesudahan. Siapakah yang bersalah? Aku yang terpaksa memilihnya atau takdir yang memisahkan kita, Abang Farhan? Sampai bilakah penderitaan ini akan berakhir.