Haimy Ajmin

Susunan Penulis Lain

HANYA DIA -50% 50%

HANYA DIA -50%

Tika leka mengayam bilahan mimpi-mimpi indah, tanpa diduga terselit igauan ngeri yang memaksa diri terjaga. Sudah puas menilik di mana salahnya anyaman yang terlorek, sudah puas membelek di mana silapnya sulaman yang tercarik… namun gagal ditemui. Mimpi-mimpi indah kini hanya tinggal kenangan, igauan ngeri itu juga yang menjadi kenyataan. Boyd yang telah memperlahankan sebuah ikatan, nekad membawa diri ke rantau orang… meninggalkan isteri nanar memeluk bayangan semalam
KAU YANG SATU-50% 50%

KAU YANG SATU-50%

Sebagai jejaka yang digilai oleh ramai gadis remaja, Duan lewati musim-musim cintanya selama ini bukan sendaan. Ada keikhlasan yang cuba dijulang, ada harapan yang bukan mainan. Dan janji-janji lalu juga bukan gurauan. Lalu kala muazin melaungkan azan subuh, Maira dan Duan selamat diijabkabulkan… tanpa arakan kompang, tanpa renjisan air mawar, mempelai diusir-terbuang, putus sudah kasih sayang. Namun malam pengantinnya tidak gerhana, walau bulan madu di bangsal usang hanya bertemankan si air mata. Kerana cinta bagi mereka, adalah memberi dan menerima, berkorban selagi hayat dikandung badan. Apalah sangat dengan dugaan yang menimpa jika dihitung pada cinta mereka umpama bintang-bintang yang bertaburan di dada alam… berkelipan dan sentiasa menyinar…