Hendan Yahya

Susunan Penulis Lain

AKU YANG KAU TINGGALKAN -50% 50%

AKU YANG KAU TINGGALKAN -50%

Liyana Asyikin. Gadis yang diburu untuk dicintai... namun akhirnya dikhianati cintanya dengan kejam. Iqmal tidak mampu menolak alunan cinta yang mengepung rasa... di matanya ada cinta yang membara pada gadis istimewa. Menyala kala ditiup bayu asmara... berdegup bersama jalianan rasa yang menggetarkan jiwa. Namun kerana dendam orang tua... Iqmal butakan mata dan pekakkan telinga demi melunaskan hasad yang tidak pernah padam. Maruah seorang gadis akhirnya tergadai... terlerai dari tampuk hati yang suci murni. Apakah kehadiran Fairul dapat meyelamatkan Liyana Asyikin yang terlelong hatinya? Dan tanda yang Iqmal tinggalkan apakah dapat Fairul jaga dengan penuh kasih sayang bersama Liyana Asyikin yang dicintai sepenuh hati?
KUGAPAI KASIHMU-50% 50%

KUGAPAI KASIHMU-50%

KUGAPAI KASIHMU... menginsafi kita bahawa bukan mudah seseorang itu mendapat sebuah cinta dan nilai kasih sayang yang tulus ikhlas. Watak-watak setia dan jujur misalnya, sering menjadi mangsa kepada mereka yang durjana, rakus dan tamak. Kerana itu, dalam hal memilih jodoh atau pasangan hidup, masih ada watak Melayu yang kaya-raya tetapi jujur dan sabar dalam mencari intan dan permata bernilai. Zarif tidak mempergunakan kedudukannya untuk dijadikan umpan memikat gadis jelita yang digilainya sekian lama. Hal inilah yang terjadi pada watak utama novel ini, Nurin guru sekolah rendah berasal dari kampung yang mendapat jodoh dengan anak hartawan bergelar Tan Sri iaitu Zarif, walaupun bukan kekayaan menjadi impiannya. Hubungan Nurin sekian lama dengan Luqman pemuda sekampungnya yang menjadi siwa perubatan di Kuala Lumpur tidak membawa kebaikan kepadanya. Justeru kehidupan Luqman yang bebas dan terbabas itu akhirnya mendapat jodoh daripada kalangan gadis kurang moral juga, bernama Mastura, walaupun cinta sebenar Luqman tertumpah pada Nurin.