MENDUNG SEMALAM
RASA itu, masih menghantui, membelenggu dan merantai seluruh kebahagiaannya. Dendam itu, sesuatu yang amat menyakitkan. Makin disimpan, makin membusang dan bernanah jadinya. Bak gunung berapi yang akan memuntahkan laharnya dan membinasakan seluruh alam. Lalu, Perlukah rasa kasih dan sayang dianugerahkan untuknya? sedangkan dialah pemusnah, penghancur dan peragut seluruh kebahagian ini. Persis haruan yang makan anak, dialah manusia sial bertopengkan binatang. Sehingga tergamak menjadikan anak sendiri santapan, demi memuaskan nafsu kebinatangan. Dan, haruskan manusia yang bergelar ayah ini terus dibiarkan bernafas dengan selesa, tenang... sedangkan hati-hati yang memandangnya, terasa sakit dan menderita. Lizam, Tonny dan Laila... terus diburu trauma di dalam menanti sinar bahagia. Lalu kehadiran Tina bagai sebuah mimpi yang baru bermula, membawa bersama episod bahagia. Meninggalkan duka lara, bersama harapan, moga tiada lagi mendung semalam mengekori kisah silam.
