Jessy Mojuru

Susunan Penulis Lain

NOVELLA CINTA 50%

NOVELLA CINTA

Terlalu lama diri ini menanti. Rawan hati tiada yang peduli. Rajukku, senduku tak pernah kau mengerti. Perlukah kesetiaan ini dinoktahkan pada yang sudi, sedangkan sudah bertahun aku semai rasa itu. Kubajai ia, kusirami dengan keikhlasan dan ketulusan hati. Walaupun ku tahu daun-daunnya tetap berguguran seiring usia kita yang kian bercambah. Dan jiwa kian gerhana, harapan hancur berderai apabila kau sah menjadi miliknya. Namun hati ini tetap di sini. Tidak tergugat walaupun seinci. Sesekali tiupan angin samudera, cuba meranapkan sekeping hati yang utuh milikmu. Percayalah sayang rindu ini dan kesetiannku tetap milikmu. Setiaku menanti!
PERMAISURI HATI-50% 50%

PERMAISURI HATI-50%

Gadis itu kecundang sewaktu memudikkan takdir kusam miliknya. Dia terpulau dalam dunianya sendiri. Saban detik merangkul kegetiran jiwa dan perasaan. Hanya air mata menemani diri tika dihimpit lara. Namun dia pasti semua ini tentu ada noktahnya. Lantas dikutipnya serpihan ketabahan dengan harapan berbongkah di dada. Sesungguhnya, apalah maknanya hidup ini jika telah dinobatkan sebagai permaisuri. Bahkan tiada erti menghambakan diri jika tidak dihargai. Lantas dia cuba menghimpun secebis sisa-sisa harapan. Dengan keyakinan menguntum di hati. akan diusahakannya untuk menawan cinta lelaki itu. Bahkan dia bertekad akan mengubah dirinya secantik bidadari. Kerana dia tahu… hanya dia seorang sahaja yang mampu mengubah takdirnya!