John Norafizan

Susunan Penulis Lain

CINDERELLA CINTA -50% 50%

CINDERELLA CINTA -50%

Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cintaku yang telah lama hilang. Aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. Aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. Jangan tinggalkan aku dalam rindu yang tidak bertepian ini. Benarkah aku hilang di dalam keabadian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya. Jika kau pergi, maka aku tidak akan mampu mengharungi hari demi hari yang menyakitkan ini. Hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. Hanya engkau yang membuatkan mentariku berputar di atas paksinya. Hanya engkau…
SEMPADAN TANPA SERI-50% 50%

SEMPADAN TANPA SERI-50%

Hidup tidak semudah yang dijangkakan. Dia tidak pernah menceritakan kepada dunia tentang pedih lukanya hidup pada zaman kana-kanak. Tentang nostalgia silamnya yang berdarah. Tentang harga sebuah kebencian yang akhirnya menjadikan dia seorang pelarian. Betapa dia bahagia di sini…. Putih salji telah menyaksikan tingginya nilai persahabatan, keikhlasan yang muncul di celah-celah kuntuman tulib segar. Dia bahagia tatkala melihat guguran daun yang memenuhi jalanan kerana pabila musim panas muncul, segala-galanya kembali nyata. Cintanya jua berputik di sini… mekar bersama musim yang silih berganti… kantas dia alpa pada duri-duri yang menanti, pada duka dan sengsara yang cuba dihindari… pada petaka yang menjadikan dia hilang hakikat diri.
TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG-50% 50%

TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG-50%

Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindukan masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan cerita sendu yang sukar diubati. Kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar sahaja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingga takdir menemukan kebahagian semula? Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu di manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan bernama Jeslina...