Laila Haryati

Susunan Penulis Lain

KIAMBANG KEMBALI BERTAUT-50% 50%

KIAMBANG KEMBALI BERTAUT-50%

Kasih ini bukan untuk kita tangisi…juga bukan untuk kita biarkan pudar warnanya lalu berkeping-keping jadinya. Kasih ini adalah jambangan cinta, mengharumkan mahligai asmara yang telah kita bina… menjadikan hari-hari yang kita lalui, asyik sekali. Sehingga kita tidak sedar kala ombak ganas datang menyerang lalu menghayutkan kau dan aku. Abang, sekali sekala ego datang membelit diri… aku lupa pada syurgamu yang kugantung tinggi. Aku lupa pada janji-janji kita… menerimamu seadanya tanpa mengira darjat dan rupa. Janji yang aku akan setia padamu walaupun kau bukan siapa-siapa pada keluargaku. Tergelincir seketika aku dari landasan iman kala membiarkan engkau sendirian melayari impian dan harapan yang pernah sama-sama kita impikan. Dan rajukmu yang panjang menyedarkan aku tentang dosa-dosa semalam. Abang… izinkanlah aku terus menghuni hatimu. Dan terus setia menjadi pasangan hidupmu di dunia dan di syurga….