Liza Mior Rashdi

Susunan Penulis Lain

DEMI KASIH DEMI SAYANG 50%

DEMI KASIH DEMI SAYANG

Aku tidak ingin menangis kesal, meratap kesilapan yang bukan aku sengajakan. Perempuan yang menjadi ‘jalang’ ini juga tidak rela menjadi ‘sundal’ jantan-jantan mata keranjang. Aku juga tidak ingin bercerita mengapa begini kesudahannya… kesudahan yang ingin aku tamatkan dengan sebuah kematian. Kerana kepercayaan dan harapan telah hilang bersama dendam yang terbakar hangus. Lalu apa lagi yang tinggal? Lantaran abunya juga telah aku hanyutkan… lalu terapung di laut nestapa.