Maimunah Yunos

Susunan Penulis Lain

KABUS ADELA -50% 50%

KABUS ADELA -50%

Persahabatan yang dibaja dengan keikhlasan dan ketulusan antara Suraya dan Syidah menyemarakkan lagi hubungan mereka. Bahagia yang dinanti oleh Suraya, kekecewaan pula yang mengundang diri apabila cinta Mukmin beralih arah. Kecewanya rasa pabila diri tidak disayangi lagi. Hidupnya dihujani dngan air mata. Namun, kehidupan mesti diteruskan walau badai melanda sekalipun. Pasrah dengan ketentuan-Nya dan atas sokongan kawan-kawan Suraya bangkit daripada kekecewaan lalu. Setelah luka di hati telah terubat, Mukmin datang menagih kasihnya. Adakah kasih sayang untuk Mukmin telah ternoktah buat Suraya? Kehadiran Badrul Ihsan pula memberi sinar baru dalam hidup Suraya. Adakah bunga-bunga cinta berkembang lagi buat Suraya setelah dikecewakan sebelum ini? Bahagiakah yang menanti dalam hidupnya? Siapa pula yang terkecewa?