Mardiana Mohd. Jamil

Susunan Penulis Lain

KASIH ARYSSA 50%

KASIH ARYSSA

Ditinggalkan sepi sewaktu kasih mekar bersemi menyebabkan Aryssa tertunduk lesu. Terasa alam berhenti berputar. Terasa bulan tiada terangnya. Bintang pun seakan tidak bersinar lagi. Kejamnya pujaan hati, membiarkan dia terus berharap, seolah-olah cinta itu tiada nilainya. Namun kasih Aryssa semakin menggunung tinggi takkan dapat dicapai oleh insan lain yang bernama lelaki. Pintu hati ditutup rapat sehingga tiada ruang untuk yang lain bermukim. Namun takdir yang menyelinap masuk takkan sesekali dapat diingkari. Di saat hati masih melawan rasa kasih yang terdampar sepi, jiwa pula mendambakan sinar cinta yang semakin menghampiri. Aryssa pasrah. Kerana bagi Aryssa, sekali dia mencintai, selamanya kekal di hati. Walaupun jauh di sudut hati, dia akur dengan ketentuan Ilahi…