Najwa Aiman

Susunan Penulis Lain

ANTARA KAU DAN DIA (HARD COVER) 50%

ANTARA KAU DAN DIA (HARD COVER)

Sama-sama bermain buih cinta di dasar asmara... mengapa karamnya hanya aku seorang? Ilyana-mendampingi gadis idaman yang telah terlepas daripada genggaman. Terlerai daripada pelukan saat hujan salji melatari, membeku bersamanya api cinta yang menghangatkan. Idayu-di mana-mana wajah itu menabiri ruang pandangan. Bersilih ganti. Memenuhi ruang-ruang memori. Meletakkan hati lelakinya di simpang perjalanan. Antara kasih pada Ilyana dan rindu pada Idayu, Rizmal keliru. Memiliki kedu-duanya, Rizmal akur... tidak ada hukum yang mengizinkannya. Namun pelayaran jauhnya bersama Ilyana, sering-seringnya melekakan... keseronokan-keseronokan yang disembunyikan dalam diam. Juga membiarkan Ilyana lemas keseoranagn... dia bukan insan yang suka baling batu sembungi tangan. Lalu di pelabuhan sepi ini, Rizmal menghindarkan diri daripada terlanjur lagi. Membilang harga diri yang satu, satu pergi. Namun dia tidak bisa membiarkan Ilyana karam keseorangan... bila benih kasih mereka akhirnya bercambah di taman larangan...
ANTARA KAU DAN DIA (SOFT COVER) 50%

ANTARA KAU DAN DIA (SOFT COVER)

ASING RM5 50%

ASING RM5

Hanya di hutan belantara dan puncak gunung, Madet dan Zamri dapat meyakinkan diri bahawa sememangnya wujud makhluk selain manusia dan mergastua yang melata di muka bumi. Namun pengalaman bertahun melihat burung yang terbang balik, atau ayam jantan yang tiba-tiba berkokok nyaring tatkala matahari tegak di atas kepala, atau bebola api yang terbang menyusuri langit senja, tidak mungkin cukup mempersiapkan mereka dengan apa yang mereka tidak jangka akan temui di puncak Ledang. Lantas mengapa tatkala manusia secara fitrahnya berkehendakkan teman, mereka membiakkan zuriat jauh dari ketamadunan? Dan berlandaskan pegangan apa mereka membentuk masyarakat yang taat kepada Tuhan? Bagaimana mungkin kebebasan yang menjadi sesuatu yang paling ditakuti pula, sehingga kebebasan bagi mereka adalah neraka, sedang belenggu adalah bayangan nikmat syurga?
KASIH KITA 50%

KASIH KITA

Kelahirannya tidak dirancang, bahkan tidak diinginkan. Namun dia wujud dan mereka yang menyebabkannya lahir harus dicari untuk dikenali. Lalu bisakah zuriat terlarang ini diterima? Masih adakah lagi sayang dan perikemanusiaan? Adakah kasih yang sekian lama subur di jiwanya bakal dituai dengan cinta atau dicantas dengan racun yang berbisa? Dia berdoa agar kelopok cinta yang gugur di genggaman kasih akan dibelai penuh manja. Namun akan tertumpah ke manakah lagi kasih Anis yang semakin mekar? Mampukah Azhar menjadi tangkai berduri yang menjungjung mawar yang semakin layu? Seharusnya pengajaran lalu mengajar Azhar erti berterus terang dan kecekalan Anis bisa menjadi cahaya buat penyuluh jalan ke tasik yang dibanjiri kasih sayang.
UNTUK KAU DAN AKU (SOFT COVER) 50%

UNTUK KAU DAN AKU (SOFT COVER)

Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa? Sedar atau tidak… kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang… menyusur, mengusap di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar… bila sesekali ayatku menyongsang makna… bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar-sedar… tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau egokah yang meletakkan kaudan aku dalam jurang yang amat payah? Miza… aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah. Dan sendumu itu masih mampu kudengar walau kau cuba menjauh….