LARA
Tiada siapa yang tahu duka apakah yang tersimpan disebalik keayuan dan kemanisan wajah itu. Tiada siapa yang mengerti untuk apa dia terus memendam derita itu. Tiada siapa yang dapat menduga betapa beratnya beban yang terpaksa ditanggung oleh jiwanya saat itu. Namun itulah hakikat yang terpaksa didakapnya selepas semuanya diragut oleh insan yang amat disanjungnya selama ini. Arini amat mencintai Helmi. Razlan pula sanggup menunggu walau seribu tahun untuk mendapat secebis kasih daripada Arini.... Di manakah titik noktah kasih mereka?
