Nass Alina Noah

Susunan Penulis Lain

BCOZ OF U 50%

BCOZ OF U

Matanya terpandang dompet ice. Dikeluarkan isi di dalamnya tanpa ragu-ragu lagi. Dia duduk dibirai katil bila terpandangkan sekeping gambar. Dahinya berkerut-kerut tidak percaya. “Eh, ni macam aku ni!” Gambar itu dibeleknya. Tertulis di belakangnya: Bawalah aku bersamamu, Ghazali…. “Huh, nama tak handsome langsung!” dengusnya entah cemburu atau marah. Tiba-tiba teringat akan kata-kata boy tadi, semakin menambah kebingungannya. “Ghazali terlalu banyak yang ingin difikirkannya pada ketika ini. “Woi! Kau buat apa ni!!!” Leo mengeleng panjang dimuka pintu, terkejut melihat keadaan biliknya. “Tau la rumah aku rumah kau juga. Tapi… janganlah buat bilik aku ni macam lori DBKL.” Joe Ischande di belakangnya tergelak kuat. Dia sendiri pelik melihat Jericho hendak menaikkan taraf bilik Leo ini, daripada lori sampah DBKL menjadi tempat pelupusan sampah. “Kau orang pernah dengar nama Ghazali tak?” soal Jericho, tidak peduli rungutan Leo. “Ghazali?” ulang Leo. “Er… Pelakon filem apa?” sahut Joe Ischander. Kau pelakon yang handsome-handsome tu semua dia kenal! Tak kiralah pelakon pembantu ke… tukang pegang tombak ke… janji handsome!
ER…EXCUSE ME!! 50%

ER…EXCUSE ME!!

“Er... tenggiling suka makan apa, mak inang?” “Semut, tengku,” dalam paniknya mak inang tetap menjawab. “Ha... dewi petai jelita ni manis kut, sebab tu tenggiling datang! Eh, tengok tenggiling pun boleh pengsan! Nak kena buat CPR ni...” “CPR tu menatang apa, tengku? Sifir ke?” “Eh, tak... CPR tu... er... nak kena buang racun tenggiling tu, kalau tak... bahaya nanti.” Hi hi hi... ha ha ha... kuk kiokk! Inang istana yang tidak mengerti apa-apa itu terus ke dapur untuk mencari semangkuk air. Putera raja berkenan untuk mengubati dewi petai yang pengsan. “Rasakan kuasa lelaki sebenarnya... ha ha ha...erk! Apa nih? Ptuih!”
FLYING KISS 50%

FLYING KISS

“My name is Shariff. Well… mak aku cakap aku keturunan…” “M.Shariff?” sahut Lavender tanpa memandang sesiapa. Ice masih lagi diam. Dia sendiri tidak tahu siapa M.Sharif. Senyuman Shariff menghilang terus apabila diganggu. Tetapi sebaik melihat wajah putih bersih di hadapannya, dia kembali senyum meleret. “Bukan la…” “Er… Shariff Dol samseng Kampung Dusun ke? Celah Lavender lagi. Dam! Shariff menepuk kuat mejanya. Lavender sedikit terkejut. “Excuse Me! Muka macam ni samseng ke?” bentak Shariff. “Er… tak!” semua orang diam apabila Ice mula bersuara. Dan Shariff tersenyum apabila pelajar baru yang cun itu cuba membelanya. “Tapi… samseng tu yang macam kau!” sambung Ice lagi. “Hah?” “Huargh ha ha ha ha!!!” serentak dengan itu pecah tawa Leo dan Lavender. Shrek mencebik geram.
GOODBYE DARLING 50%

GOODBYE DARLING

“Alaaah. Cakap ajalah! Bukannya aku kisah pun!” Shrek terus mendesak. “Well… kalau aku nak cari awek, orangnya mesti secantik er… fiona.” Pewitt!! Saat jantung Fiona Blossom berdegup kencang. Honey pula bagai tidak bernafas. Shrek pula semakin tidak sedap duduk. Sekejab hendak kencing, sekejab hendak berak. Taku kalau kekasih Jericho adalah Fiona Blossom. Preeet!!! Akhirnya itu yang keluar dari… “Apa kau ni, Shrek! Pencemaran udara!” “Entah apa-apalah kau ni!” “Entah! Dah patut sangatlah kau jadi Shrek!” “Macam dah lapan tahun tak kentut. Nasib baik tak kentut kat pantai. Mampus semua terumbu karang!”
I LOVE YOU 50%

I LOVE YOU

“Hmmph! Aku bosan sebenarnya, Jail…” “Kenapa?” “Bosanlah macam ni! Kenapa sekolah ni dah tak ada jejaka handsome, Prince Charming? Semuanya Prince Froq aja. Kalau cium dapat jadi handsome, tak apalah. Sampai dah tak ada benda aku nak rebut dengan Emelyn….” Keluh Meow, sugul sebelum ketawa. “Ya Allah….” Jelita menyembamkan mukanya ke meja. Kedua-dua telinganya ditekupkan. Tawa Meow Meow umpama musang yang menjerit-jerit, menyakitkan telinganya. “Hei… kenapalah aku boleh berkenalan dengan… dengan… eee, geramnya aku! Grrr! Jelita mengangkat muka. Wajah Meow Meow yang masih ketawa itu ditenungnya. “Sunyinya hidup aku tanpa lelaki-lelaki kacak, Jail. Kau faham tak apa yang aku rasa?” Meow Meow berpaling ke arah Gajus Jerman yang masih belum dapat menghilangkan kegatalannya. Emenen di sebelahnya sudah tidak boleh diselamatkan.
I MISS U 50%

I MISS U

“Entah! Sorang macam gergasi! Sorang macam gajah! Macam manalah rakit ni nak pecah! Huh, jantan gila kuasa! Tak kuasa mak nak layan! Dengus Lavender. Leo dan Shrek saling berpandangan. “Apa dia?” “Er… er… tolong!!!” Lavender terlambat. Leo dan Shrek telah mencampakkannya ke dalam sungai semula. Itulah, terlajak kereta boleh reverse, terlajak kata buruk padahnya. “Nyah! Sampai hati kau buat mak macam ni. Ya?” “Huh! Tak ada maknanya!” Leo pergi tanpa menolong Lavender naik ke tebing.
MY BABY GIRL 50%

MY BABY GIRL

“Okey la aku blah dulu. Yang ni pun untuk kau juga…” Ice meletakkan satu bungkusan piza bersama-sama sebotol air berkarbonat. Tanpa menunggu Honey berdrama lagi dia terus menghilang. Leo tersenyum tipis, merenung Ice dalam diam sehingga menghilang dari pandangan matanya. “Pssst nyah! Kau kena beli motor baru…” bisik Lavender. “Apa hal?” “Beli motor yang ada tiga seat tu. Ala… macam motor orang jual sayur atau bayam. Macam motor orang cacat tu…” “Baik kau diam kalau tak mahu aku belasah! Huh!”
ROMEO VS JULIET 50%

ROMEO VS JULIET

“Dia ingat dia cantik sangat ke pegang-pegang tangan aku! Jaywai pun tak pernah pegang-pengang tangan aku, tau! Danniel pun tak pernah pegang. Geng aku kat Londan tu pun tak pernah pegang-pegang…. Hesy!” Jelita tidak henti-henti mengomel geram. Puas mendengus-dengus, dia mula menumbuk bantal dan tilam, tidak puas hati. Sakit hati. Inilah yang berlaku selama ini, dia tidak malu untuk mengakuinya. Ketika mereka berjauhan, dia terlalu merindui, tetapi apabila berdekatan, rasa bagai hendak bom pakai peluru berpandu. Tak tahulah kenapa!