Nazawati Abd Manaf

Susunan Penulis Lain

KEMBALIKAN KASIHKU-50% 50%

KEMBALIKAN KASIHKU-50%

Aku sesekali tidak pernah buang dirimu dari hatiku. Sesekali tidak. Dan tidak mungkin! Kerana masih ada janji-janji kita yang belum tertunai. Harapan dan impian indah di Sungai Thames… aku ingin ulanginya dalam bulan madu kita. Namun entah di mana silapnya… hujan panas menggelamkan harapan dan impian yang hampir tertunai. Dan lumrah orang bercinta… kau dan aku tidak sunyi daripada sengketa dan salah sangka. Lalu perpisahan pun menjadi noktah kasih sayang. Namun tidak menoktah rasa rindu yang saban hari hadir memayungi hati, membasahkan ingatanku daripada terus melupakanmu, meletakkan aku dalam kancah resah yang tidak sudah. Amirul Taufiq… aku akur bila ada gadis lain yang jatuh cinta padamu. Dan salah seorang daripadanya bukan asing padaku. Insan yang aku sanjungi… yang menyebabkan aku mampu bernafas dan tersenyum hingga ke hari ini. Pengorbanannya juga bukan sedikit untukku lukakan hatinya. Aku masih belum tergamak untuk memusnahkan impian indahnya… juga impian indah mereka… impian indah untuk hidup bersamamu. Nyatanya aku juga mampu untuk lupakan dirimu dari hatiku. Namun apalah sangat dengan pengorbananku yang sekecil ini. Lalu aku izinkan hati ini dilukai. Kerana kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita mampu berkorban untuk orang yang disayangi. Pedulikan hati sendiri… kerana orang lain tidak perlu tahu apa yang kita rasa. Dan kalau memang jodoh itu milik kita… aku tidak akan teragak-agak untuk menerimamu kembali. Menerima dan melupakan sengketa lama yang menyebabkan kau dan aku menderita…