Nazifah Halmi

Susunan Penulis Lain

INDAHNYA CINTA -50% 50%

INDAHNYA CINTA -50%

Keputusan itu telah aku ambil tanpa mengira rekahan-rekahan ragu yang menyelirati kepercayaan. Terlalu banyak perbezaan yang nyata antara kita-sehingga menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit. Alia ialah gadis tomboy yang terbentuk mengikut keinginan yang gagal. Menolak kehadiran anak perempuan, Alia membesar menjadi kanak-kanak lelaki yang lasak dan buas. Terpinggir dengan segala macam keinginan dan kasih sayang. Alia mula merasai perhatian yang dipinggirkan. Lalu dengan kekosongan yang tidak terisi, Alia mencari kasih sayang di dalam persahabatan yang songsang. Bersahabat dengan Si Lembut Mukhlis. Alia rasakan betapa tenteramnya sekeping hati yang dahulunya tak berperasaan. Namun umpatan sering-sering menusuk rasa bilamana kemusykilan yang bersarang tidak menemui jawapan. Bersama anjakan usia. Alia dan Mukhlis kembali mencari salahsilah diri yang telah jauh ditinggalkan… kembali kaum Adam dan Hawa yang diredai. Menolak segala-kepura-puraan, menyingkir segala rasa yang kian keliru. Segala-galanya kerana cinta yang tiba-tiba mengalir dari hati mereka.
KEMARAU DI HATI-50% 50%

KEMARAU DI HATI-50%

Perlu diapakan pada sebuah suratan? Kesal. Sesiapa pun akan menyesali andai inilah takdir yang harus diterima. Milik kita hanyalah pertemuan… milik kita hanyalah impian… milik kita yang abadi adalah perpisahan. Memang ini ujian. Memang ini ketetapan. Menerima atau menolak… kita tidak diberi pilihan. Suami… yang terakhir ini… kasih sayang kian terasa dekatnya. Sentuhan… kian terasa hangatnya. Belaian… kian terasa betapa aku belum puas merasai nikmat kehidupan. Suami… yang aku tinggalkan adalah warisan yang tidak sempat aku corakkan warnanya… keturunan yang tidak sempat kuasah bakatnya dan seorang suami yang kasih sayang umpama air mata yang tidak pernah kering alirannya….
LUKISAN HATI-50% 50%

LUKISAN HATI-50%

Dia perempuan malang. Malang kerana diperkosa ayah sendiri. Malang lagi bila diri mengandungkan zuriat yang tidak diingini. Seketika dia menjadi manusia nanar. Nanar bila hidup bagai tiada nilai. Maruah yang dijungjung telah jatuh berkecai di tangga harapan. Lelaki itu neraka untuknya. Lelaki itu telah mencelakakan dunia indahnya. Namun bagai tidak percaya tatkala diutuskan seorang lelaki mulia untuknya… yang sudi menghulur simpati, yang sudi mengangkat dirinya menjadi ‘manusia’. Dan dia akur kini, masih ada lelaki yang baik di dunia yang kejam ini….
MILIKMU YANG ABADI-50% 50%

MILIKMU YANG ABADI-50%

Bisakah kau mengerti dan Fahami andai hubungan ini bertukar rentak suatu hari nanti? Tatkala itu kita sama-sama meluahkan rasa yang berkurun lama terpendam… Melati keliru, Haikal juga begitu. Dalam diam, mereka membiarkan rasa itu pergi bersama aingin nan lalu. Malah kehadiran Ayuni Marissa hanyalah penyebab…. Sekuat mana mereka berlari dan cuba menantikannya, semakin kuar rasa yang merajai dihati. Perlukah mereka berdusta tentang rasa cinta dihati? Namun sampai bila? Mampukah mereka membiarkan kepura-puraan dan keegoan menyaingi rasa. Melati diulit bahagia tatkala Haikal menyunting dirinya sebagai suri di hati. Namun andai cinta perlukan pengorbanan, dia pasrah….
SELEMBUT KASIH-50% 50%

SELEMBUT KASIH-50%

Tergugahkah diri dengan keadaan yang menghimpit? Tergoyahkah hati dengan cabaran dan dugaan yang sering membuatkan diri tersepit? Aku tetap aku yang dulu... sentiasa akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan di lohmahfuz. Perasaan yang tercalar kubiarkan alpa... menagih sayang yang tidak secangkir, menghimpun rindu yang bukan sedikit... sehingga adakalanya mencabar kewibawaan diri sebagai pendidik anak bangsa yang sering mendambakan ilmu. Namun kasih yang singgah membuat hatiku gundah. Perlukah dibaja harapan yang menggunung sedangkan hati masih tersayat luka? Aku hanya insan naif... tidak mampu menolak rasa sayang yang kini semakin bercambah di dalam diri. Bisakah kubiarkan rasa kasih dan sayang itu bersemarak dalam jiwa... melahirkan rindu yang sering terpahat.... dan akhirnya membuahkan rasa cinta...!