JALAN PULANG RM5
Wahida dahagakan kasih sayang seorang ibu setelah ibunya meninggal dunia. Ayah pula sentiasa sibuk dengan tugas di pejabat. Terasa hilang tempat untuk meluahkan isi hati. Dan apabila kesunyian semakin menghimpit perasaan, dia terpaksa memilih jalannya sendiri. Dia merelakan dirinya hanyut dalam arus kebebasan yang akhirnya memerangkap dirinya sendiri.
