Nor Zilinawati Alias

Susunan Penulis Lain

RESTUILAH KASIH...-50% 50%

RESTUILAH KASIH...-50%

Hana…. Kau bagai bidadari hidupku. Kau membuatkan aku lupa pada semua perkara dan kegilaanku yang lalu. Kau memang tercipta untukku kerana sejak aku menemuimu, aku sudah tidak mampu berpaling dari memandangmu….-Aditya Chairel Mikhail. Anis… Kali pertama bertemu, hatiku sudah tertawan. Sengaja aku ‘mendera’mu kerana aku hanya mahukan yang terbaik daripadamu. Dalam diam aku menyulam mimpi untuk melayari bahagia bersamamu dan mimpi itu kian indah pabila aku jua sedar kau turut menyimpan rasa yang bahagia itu bersamaku. Yang mengikat kita adalah rantaian ego dan ikatan yang terpaksa kita teguk kasih yang tersimpul terlebih dahulu sebelum kau mengayam bahagia…-Amier Fahmi. Farra… Sebetulnya aku tidak mampu membuang namamu dari lipatan hati dan perasaanku. Bertahun lamanya kucuba menghurai rasa cinta itu namun ia tetap kukuh seteguh karang di lubuk hatiku yang paling dalam. Aku gagal untuk membuka hatiku kepada mana-mana perempuan yang lain kerana setiap kali aku mencuba, setiap kali itu juga muncul namamu di celahan rasa itu. Tika kita ditemukan kembali, aku semakin yakin bahawa hanya kau dihatiku… Wan Fathir Ai-Muchtar.