Norhayati Berahim

Susunan Penulis Lain

DENDAM YANG TERLERAI 50%

DENDAM YANG TERLERAI

Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripada terus mengalir? Hatiku tidak kuat... semnagatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya. Entah di muara, entah tersangkut di celah-celah duri dendam. Atau terbenam di lubuk derita. Saat ayah terbujur diam di sini, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini. Ya... aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam yang tersimpan perlu aku leraikan kerana di sini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa... mengajar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah... dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosanya...
NURUL NAIM-MASTERMIND RM5 50%

NURUL NAIM-MASTERMIND RM5

Kawalan keselamatan cukup ketat dan sistem penggera di Galeri Sejarah adalah yang tercanggih. Namun setem terawal di dunia yang bernilai sejuta Dolar Amerika yang dipamerkan di galeri itu lesap tanpa dikesan oleh pengawal keselamatan dan sistem penggera. Siapa yang begitu profesional mencuri stem itu? Persoalan inilah yang menyebabkan Nurul, Naim, Uzir dan Apai bersungguh-sungguh untuk menyiasat dan membongkarkan misteri di sebalik kecurian di galeri tersebut.
SENTUHAN KASIH 50%

SENTUHAN KASIH

Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia.... Namun dia rela menyimpan semuanya di dalam hati.... tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas hatinya? Dia jauh di negara orang... lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah ditolak? Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau terus menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama mati. " Aku merinduinya dalam dingin salji"