Norhazriana Abdullah

Susunan Penulis Lain

HADIRNYA CINTA -50% 50%

HADIRNYA CINTA -50%

Tika kaki melangkah jauh meninggalkan segala-gala yang disayangi itu di sini, tiada siapa yang tahu, perjalanan itu turut membawa hatinya yang hancur berderai. Di kejauhan, dia cuba mencari kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam meniti bilahan hari, tanpa dia sendiri menduga, kepingan hatinya yang hancur dikutip dan dirawat dengan kasih sayang yang mengasyikkan. Dia mula dibelai perasaan suci itu sekali lagi. Dia melihat dunianya kembali direnda kebahagiaan dan keindahan. Dia melihat hari depan ditandai tinta emas. Namun kedukaan tak pernah jemu mendekatinya. Dia dibenci dan dianiayai hanya kerana dia disayangi dan dicintai. Apakah dia tidak berhak bahagia seperti insan lain? Apakah resminya begitu, bahagia hanya mengejar mereka yang melorek dunia dengan harta?
JAUH DI SUDUT HATI -50% 50%

JAUH DI SUDUT HATI -50%

CINTA Najiha pada Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan namun kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melaui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha. Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagi yang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit antara keikhilasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak semudah angin lalu datang bertakhta di persada persaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidupan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?