KOMPILASI KASIH ORANG TERBUANG-50%
Lara hati ini pabila diri terpinggir daripada perhatian dan kasih sayang. Tersinggung bilamana perhatian dibeza-bezakan. Dan dalam diam-diam… dikuis rasa pilu dan sendu yang maha dalam. Walau akhirnya tumpah jua di celah-celah nestapa… bertakung… berladung di ruang-ruang kelukaan. Pedihnya bertahun lamanya begitu. Pun ditebalkan muka… dipekakkan telinga. Dia perlu mengalah demi orang tua. Apalah sangat melayan rajuk di hati… biarlah dia menadah rasa… tidak berkudis mengalah demi kebaikan semua. Bertahun juga dia menahan diri daripada semua rasa. Lalu rajuknya… dihimpun dalam bentuk zikir dan doa yang tidak pernah putus. Niatnya hanya satu, biarlah keampunan ini diterimai-Nya… menjadi peneman di dalam perjalanan menuju menemui Tuhannya. Dan rasa terkilan ini biarlah disimpan di dasar hati… agar kekesalan tidak menjadi racun dalam diri….
