KASIH ANTARA KITA-50%
Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun, cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakah daya, hembusan angin yang lembut tidak dapat menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yang telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dengan pelbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya. Ahmad Zakuan lelaki kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dalam hidup Nur Asyikin. Sayangnya pelbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yang menjadi dambaanya itu? Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan cinta antara mereka yang mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin. Doakanlah penyatuan mereka itu.