Novel Creative

Susunan Cari

ADA RINDU DI WAJAHMU 50%

ADA RINDU DI WAJAHMU

Wardah hidup dalam dunia ilusi setelah kematian suaminya, Farid pada malam pertama. Dikatakan Farid terkena santau kerana sikap Kamil yang pendendam. Hajat Kamil untuk berkahwin dengan Wardah ditolak oleh keluarganya. Farid dan Wardah menjadi mangsa keadaan. Betapa hebat dugaan yang menimpa dirinya tatkala benih kasih sedang subur mewangi antara mereka. Hadir pula Cikgu Adnan untuk mengajar di kampung itu. Akhirnya salam perkenalan disambut dengan tangan terbuka oleh Wardah. Kesudian Cikgu Adnan untuk membawa Wardah keluar dari dunia ilusi dipersetujui oleh keluarganya. Kalau boleh dia ingin membelai hati selembut bayu itu agar pulih seperti sediakala. Antara kasih dan kasihan, antara keinginan dan harapan yang menggunung ada secebis perasaan di antaranya. Namun, dapatkah Cikgu Adnan membawa diri Wardah ke alam realiti? Bagaimana pula kesudahan hubungan antara Wardah dan Cikgu Adnan yang dikatakan sebagai kawan? Adakah dendam Kamil terbalas setelah pelbagai usaha yang telah dilakukan?
AIR MATA KASIH 2 50%

AIR MATA KASIH 2

Sesungguhnya Ain tidak mampu memadamkannya dari ingatan. Bagiamana mahu melupakan kerana semua ingatan tentang kita bagaikan tayangan filem yang ditayang berkali-kali! Kisah kita yang bermula dengan perasaan benci tetapi akhirnya membuahkan kemesraan yang bukan sedikit. Dan waktu yang memisahkan kita sebenar-benarnya te;ah memisahkan kita selama-lamanya. Kalaulah semuanya terbentang di hadapan mata apa yang bakal berlaku,, tidak ingin rasanya pergi dari sisi walaupun hati diduga umpama belati yang merobek kejam. Dan andai dimiliki semalam, ingin sahaja diubah menjadi hari esok kerana semalam amat menyakitkan!
AKHIRNYA -50% 50%

AKHIRNYA -50%

Kata orang, cinta itu perlukan pengorbanan. Kata-kata itulah yang sering ditiupkan ke telinganya sejak kecil. Kata-kata yang sekadar angin lalu di cuping telinga. Dia tidak pernah menghadapinya hinggalah dia berkenalan dengan Adzim dan Amirul. Dua lelaki yang bermula dari pangkal nama dan latar keluarga yang sama namun berbeza dari segi rupa dan peribadi. Kedua-duanya dikenali dalam masa yang hampir sama. Dia mencintai Adzim kerana nama itu yang terdahulu menduduki takhta hatinya. Namun kehadirannya tidak diterima di dalam keluarga itu lantaran perbezaan darjat yang memaksa dia melupakan semua impian yang telah dianyam secara sedar. Tika hatinya luka berdarah, Amirul kembali hadir membebat luka. Lelaki yang dianggap sebagai abang pada mulanya, telah berupaya menjadi teman, sekali gus penghuni hati setelah dibelai dengan keprihatinan lelaki itu. Perasaan yang sama-sama dibajai itu akhirnya merimbun segar menjad kuntum-kuntum cinta yang mekar mewangi. Namun saat cinta itu ingin disimpulkan di singgah sana abadi, Adzim kembali hadir menuntut janji kesetiaan. Kali ini bersama izin restu si ibu yang telah kembali sedar bahawa cinta yang badi tidak mungkin vbisa dipisahkan. Tegakah Zalia membuat keputusan hati sispa yang harus dilukakan?
AKU CINTA KAMU -50% 50%

AKU CINTA KAMU -50%

Bukan setahun dua aku simpan rasa tersinggungku ini padamu. Bertahun lamanya aku biarkan ia begitu... dan terus kekal begitu. Sehinggalah bila kita ditemukan semula, kau dan aku rupa-rupanya telah jauh berbeza. Masa dan keadaan mengajar aku menjadi manusia cepat pandai. Namun tidak cepat melupakan... dan sesekali tidak akan melupakan. Ezzy... andai paras rupas yang menjadi taruhan... Sya rela meletakkan diri ini sebagai taruhanmu. Sya akan lakukannya demi sebuah dendam. Dan itulah yang tidak mampu Sya lakukan sejak dahulu lagi.... ingin melihat kau tersungkur di hujung kaki seorang perempuan yang hatinya telah mati kerana dicuri. Lalu aku pun bermain ‘sembunyi-sembunyi’ untuk mengaburkan mata dan hatimu. Dan kau tidak pernah mengesyaki kewujudanku di tengah-tengah gelanggang permainanmu. Sedang aku saban waktu tersenyum menang pada setiap permainan yang engkau ciptakan. Kemenangan yang aku raikan bersama teman-teman. Kemenangan yang seringnya menerbitkan rasa rindu dan kasihku padamu. Kerana hatiku sebenarnya telah lama tewas pada setiap permainan ciptaanmu...
AKU YANG KAU TINGGALKAN -50% 50%

AKU YANG KAU TINGGALKAN -50%

Liyana Asyikin. Gadis yang diburu untuk dicintai... namun akhirnya dikhianati cintanya dengan kejam. Iqmal tidak mampu menolak alunan cinta yang mengepung rasa... di matanya ada cinta yang membara pada gadis istimewa. Menyala kala ditiup bayu asmara... berdegup bersama jalianan rasa yang menggetarkan jiwa. Namun kerana dendam orang tua... Iqmal butakan mata dan pekakkan telinga demi melunaskan hasad yang tidak pernah padam. Maruah seorang gadis akhirnya tergadai... terlerai dari tampuk hati yang suci murni. Apakah kehadiran Fairul dapat meyelamatkan Liyana Asyikin yang terlelong hatinya? Dan tanda yang Iqmal tinggalkan apakah dapat Fairul jaga dengan penuh kasih sayang bersama Liyana Asyikin yang dicintai sepenuh hati?
AKU YANG TERLUKA 50%

AKU YANG TERLUKA

Dan kebencian itu terus menghambat diriku ke mana-mana sahaja sehingga menjadikan aku insan yang takut untuk mengenal erti jatuh cinta. Aduhai… sesungguhnya aku adalah seorang yang begitu bodoh untuk memahami dan menghargai setiap pengorbanan dan detik yang indah sehingga keindahan itu telah hilang semuanya. Tetapi percayalah… diri ini memang pernah jatuh cinta. Tetapi dengan siapa? Dengan Syahbani yang mengajar tentang keindahan cinta monyet di alam persekolahan ataupun dengan Idham yang mengajar erti pengorbanan sahabat sejati. Dan cinta? Adakah benar cinta itu bermula dari persahabatan.
ANAK DARA MENTERI 3 -50% 50%

ANAK DARA MENTERI 3 -50%

“Yangggg... apa yang dimenungkan tu?” Lamunanku di tingakap itu terhenti. Aku menoleh... “Sorrylah, terlambat bangun...” katanya sambil bergerak turun dari katil dan menuju ke arahku. Waktu itu sekali lagi aku terperasan betapa besarnya isteri aku. Bila dia melangkah nampak saling tak tumpah macam almari berjalan. Tidak mengapalah, biar sebesar lori pun dia tetap isteriku. “Ayang dah siapkan breakfast?” Dia meletakkan tangannya yang macam pelapik rumah itu ke pinggangku. Tidak mengapalah, biar sebesar mana pun lengan dan tangannya, dia tetap perempuan yang banyak berjasa padaku. Dialah satu-satunya manusia yang benar-benar memahamiku dan yang sentiasa bersedia melindungiku. Tanpa dia, aku mungkin bukan setakat kehilangan Tini dan Maya, tetapi juga segala-galanya termasuk harga diri sebagai seorang usahawan. “Dah, nasi lemak, mihun, roti bakar, karipap, semuanya dah ready...” jawabku. “Thanks, sayang...” Dia memeluk pinggangku.
ANDAI KUMILIKI SEMALAM 50%

ANDAI KUMILIKI SEMALAM

Zack… Cinta Puteri hanya untuknya. Hanya untuk dia dan hanya dia! Takkan Putri mampu lagi memberikan cinta kepada lelaki lain setelah Putri serahkan segala jiwa dan raga Putri hanya untuknya. Telah Putri persembahkan kepadanya Azimat cinta ini. Dan Mukhriz… Putri tidak sanggup mengatakan tidak setelah Putri paterai janji di hatinya. Telah Putri berikan cinta Putri untuk Mukhriz mencoraknya. Berdosakah Putri jika Putri mengingkarinya? Untuk menolaknya, terlalu banyak budi ditaburkan untuk menggembirakan sekeping hati ini. Terlalu banyak perkara yang Mukhriz lakukan untuk Putri. Hanya untuk melihat Putri, hanya untuk menggembirakan hati Putri. Kedua-duanya pun Putri sayang.