Novel Creative

Susunan Cari

ANDAINYA KAU TAHU -50% 50%

ANDAINYA KAU TAHU -50%

Hari ini bukan semudah semalam untuk dia bergelar manusia ‘fatanah’. Banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah, sesekali melangkah gagah, tersenyum megah. Dan semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada di landasan yang betul… usah digusar pada ‘Anugerah Tuhan’ untuk kita. Anggaplah bila sesekali diduga… itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bagaimana untuk menjadi ‘manusia’. Lalu perlukah dia menjadi insan fasiq untuk berjaya, dengan meletakkan amanah dan hasanah di laluan kidal perjalanannya…
ANGIN DINGIN DARI UTARA -50% 50%

ANGIN DINGIN DARI UTARA -50%

Seperti sepohon kemboja yang tegar, dia bersendirian mengharungi cabaran hidup di perantauan. Sebagaimana batang kemboja yang keras menahan setiap gores dan calar, begitu hatinya dikeraskan untuk menerima segala kemungkinan. Namun setegar kuntum kemboja, kelopaknya lembut mewangi. Begitulah dia yang jika dikenali dan didekati, membahagiakan dan penuh dengan cinta yang membara, pada keluarga, pada negara, pada agama dan pada suaminya. Jika kemboja bunga pusara, sampai berkuburkah dia di sana?
ANTARA KAU DAN DIA (HARD COVER) 50%

ANTARA KAU DAN DIA (HARD COVER)

Sama-sama bermain buih cinta di dasar asmara... mengapa karamnya hanya aku seorang? Ilyana-mendampingi gadis idaman yang telah terlepas daripada genggaman. Terlerai daripada pelukan saat hujan salji melatari, membeku bersamanya api cinta yang menghangatkan. Idayu-di mana-mana wajah itu menabiri ruang pandangan. Bersilih ganti. Memenuhi ruang-ruang memori. Meletakkan hati lelakinya di simpang perjalanan. Antara kasih pada Ilyana dan rindu pada Idayu, Rizmal keliru. Memiliki kedu-duanya, Rizmal akur... tidak ada hukum yang mengizinkannya. Namun pelayaran jauhnya bersama Ilyana, sering-seringnya melekakan... keseronokan-keseronokan yang disembunyikan dalam diam. Juga membiarkan Ilyana lemas keseoranagn... dia bukan insan yang suka baling batu sembungi tangan. Lalu di pelabuhan sepi ini, Rizmal menghindarkan diri daripada terlanjur lagi. Membilang harga diri yang satu, satu pergi. Namun dia tidak bisa membiarkan Ilyana karam keseorangan... bila benih kasih mereka akhirnya bercambah di taman larangan...
ANTARA KAU DAN DIA (SOFT COVER) 50%

ANTARA KAU DAN DIA (SOFT COVER)

ASMARA ASRAMA -50% 50%

ASMARA ASRAMA -50%

“Rafeah. Apa punya nama tu? Tak komersial langsung. Siapa tu?” Kening Arman berkerut-kerut tanda dia sedang berkira-kira meneka tentang si empunya nama. Dia tidak pernah terdengar nama itu disebut-sebut sebelum ini. Kebiasaanya kalau awek itu glamor, cun pula, memang selalulah diperbualkan di asrama. Tetapi dia tidak ingat nama itu dibualkan, tidak, walau di mana pun, tidak sesekali. “Memang kau tak kenal pun. Budak hingus lagi, baru form one. Entah, aku pun tak faham apa yang Si Gaban ni berkenan sangat. Nak kata seksi, badan macam papan lapis. Muka dia, mak datuk... macam bulan... penuh dengan lopak-lopak jerawat. Aku kalau dia suruh menghendap, free-free pun aku tak nak.” Mat Skodeng menambah penjelasan. Bibirnya dicebirkan seperti jijik sangat dengan perempuan bernama Rafeah itu.
ATAS NAMA KASIH -50% 50%

ATAS NAMA KASIH -50%

Nur Kasih ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanku nyawa-tragedi hitam itu sering-seringnya bertebaran dan bersipongang di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata, Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan. Dan si kecil itu, Suria melempiaskan resah yang mneruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan. Nur Kasih idamkan kehadiran seoang lelaki bergelar bapa. Lalu di ceruk mana harus Suria cari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan seorang gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bila mana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik buat dirinya...