Novel Creative

Susunan Cari

UNTUK KAU DAN AKU (SOFT COVER) 50%

UNTUK KAU DAN AKU (SOFT COVER)

Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa? Sedar atau tidak… kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang… menyusur, mengusap di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar… bila sesekali ayatku menyongsang makna… bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar-sedar… tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau egokah yang meletakkan kaudan aku dalam jurang yang amat payah? Miza… aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah. Dan sendumu itu masih mampu kudengar walau kau cuba menjauh….
UNTUKMU HANA-50% 50%

UNTUKMU HANA-50%

Pilu dan keliru…segala-galanya bermukim di jiwa. Benarkah dia waris tunggal, penyambung keturunan mama dan ayah? Tetapi kenapa minat mereka tidak serupa… kecenderungan berbeza? Segala-galanya mengganggu, bersatu menjadikan kesempurnaan bagaikan asing tiba-tiba. Diakah yang lupa diri atau sejarah silam yang menjadikannya walang? Dia kalap. Mentari bersinar ceria rupa-rupanya membawa cerita duka. Dia bukan permata mama. Dia bukan srikandi papa. Dia entah siapa-siapa… entah susur galurnya di mana? Entah keturunan apa? Lalu Hana Athirah memulakan misinya sendiri-sendiri. Namun tatkala berhadapan dengan kenyataan semangatnya bagaikan hilang. Terbang. Ibu rupa-rupanya seorang wanita sejati, ibu rupa-rupanya seorang srikandi. Ibu kiranya masih sendiri-sendiri…dan dia kian keliru dengan kasih sayang ibu yang tidak bertepi.
UNTUKMU-50% 50%

UNTUKMU-50%

Merenung bintang-bintang di langit, sinarnya berkelipan… membantu menyuluh sebuah perjalanan yang jauh dan kelam. Menerangi sebahagian hati yang telah diselubungi kabus hitam. Menjadikan Alia Zulaika ada waktu-waktunya, bagai diseret ke muka pengadilan tanpa pengampunan. Dan hadirlah suara-suara halus menyapa gegendang rasa, mengajar mengucap, mengajak menghitung dosa dan pahala di sepanjang usia… lalu membawanya berjalan-jalan ke alam luar sedar, berlegar-legar di sahara lalu singgah di kota Mekah yang tenang dan damai. Ditemukan dengan insan-insan budiman… juwita dan Qabil bagai penyelamat daripada kesesatan yang jauh menyimpang. Dan tatkala Alia Zulaika mula sedar dari lena yang panjang… Juwita dan Qabil tiba-tiba dibawa angin malam. Meninggalkan dirinya dengan cerita-cerita yang mengelirukan… memamaikan…
WAJAH KEKASIH-50% 50%

WAJAH KEKASIH-50%

Bukan aku sengaja biarkan asmara kita terpadam. Suami, bukan kau yang aku sayangi selama ini... lalu aku rela bila bulan madu kita bertukar gerhana. Hatta Hanafi, aku rela tatkala kau melamar aku untuk menjadi suri hidupmu. Jodoh kita barangkali-dahulu kau pergi kala aku bakal bergelar isteri. Bertahun aku bawa rajukmu yang panjang ke bumi orang... dan demi sebuah cinta yang terluka, kau tega kuburkan namaku di sana, di bawah timbunan salji yang membeku. Bertahun kau biarkannya begitu... sedang aku tak tahu... walau sesekali bukan tidak muncul namamu mencuri fantasiku. Kau sangka aku telah bahagia... walau sebenarnya kau tidak tahu aku di sini menderita kala ijab kabulku dirimu. Lalu ku berprasangka, kau tentunya telah bahagia... masa tentu bisa merubah segalanya. Namun kini kau muncul semula kala aku bukan milik siapa-siapa. Lalu aku sambut cinta yang kau hulurkan berserta keinsafan yang bukan sedikit. Jodoh kita kiranya melalui titian yang sukar... onak menanti di kanan dan kiri-tersilap langkah kau dan aku akan kecundang. Lalu kita sama-sama menganyam impian dan harapan yang bukan sedikit... Dan bagaikan mimpi... cinta kita kecundang lagi. Kau pergi kala aku telah pun diijabkabulkan. Sedang sangkaku mempelai yang mengucup dahiku ini adalah dirimu, yang aku sayangi sepenuh hati, yang mengiringi persandingan kita yang penuh gemilang... Suami, berilah aku sedikit aku ruang untuk mencari kekasihku yang telah hilang... aku perlukan masa untuk merawat hatiku yang tidak henti-henti berdarah ini...
WARISAN-50% 50%

WARISAN-50%

Ada beberapa keistimewaan yang terdapat pada novel warisan-lebih panjang dan lebih tebal daripada SALINA A. Samad Said. Mengambil liputan tempoh waktu perceraian kira-kira 60 tahun, 20 tahun lebih lama dibandingkan dengan SANDERA karya Arena Wati. -Othman Putih (1989), Dewan Sastera. Pengarang menjalin persoalan cinta muda mudi, pertentangan terhadap ketuanan barat, budaya tradisional, maruah bangsa dan masalah sosial... -Salbiah Ani (1989) Berita Harian.
WARNA-WARNA KASIH-50% 50%

WARNA-WARNA KASIH-50%

Sengketa ini sebenarnya ciptaan kita. Berdiam diri... kita kunci hati daripada merindui. Dan membiarkan sayang bertukar menjadi sakit hati dan benci. Sekadar memandang dari kejauhan, kita sebenarnya menguji ketahanan diri. Mennati... kita mengharapkan ada yang sudi memulakan... yang sudi memujuk rajuk di hati. Dan kita terus membiarkan waktu-waktu yang berlalu, membekam dalam diam. Tanpa sedar kita sebenarnya telah membunuh putik-putik cinta di halaman asmara. Dan benarlah kata orang, hidup ini terlalu banyak kebetulannya. Dan kebetulan kita barangkali... kala terperangkap dalam hujan malam... hujan yang melunturkan warna-warna keegoan. Lalu bahasa hatimu dan hatiku dalam kebetulan itu. Dan perlahan-lahan warna-warna keegoan pun pudar dan menghilang dibawa hujan malam...
YANG TERISTIMEWA-50% 50%

YANG TERISTIMEWA-50%

Sampai bila diri ini harus dijadikan sandaran buat pengubat rindu anak-anak itu? Dia ikhlas menghulur kasih, dia tulus menyulam sayang. Namun mengapa semua ini harus disalahertikan? Mengapa ada rasa kurang senang... sedang Ain dan Iman adalah amanat Nursarah buatku. Amanat yang akan aku junjung selagi terdaya. Mana mungkin aku biarkan si kecil itu dahagakan kasih ibunya.dan selagi terdaya, seluruh kasihku tumpah buat mereka. Kerana ibu mereka adalah sahabat baikku... yang aku sayangi... yang begitu aku rindui setelah dia pergi...