Novel Creative

Susunan Cari

JANGAN ADA BENCI 50%

JANGAN ADA BENCI

Di saat hati terasa akan kehilanganmu aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiada siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yang bernama wanita. Aku sebenarnya seorang insan yang lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan. Tatkala kau hadir dalam hidupku aku seboleh mungkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa itu mula merajai hati... aku yang menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dengan ikatan suci untuk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.
JAUH DI SUDUT HATI -50% 50%

JAUH DI SUDUT HATI -50%

CINTA Najiha pada Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan namun kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melaui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha. Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagi yang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit antara keikhilasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak semudah angin lalu datang bertakhta di persada persaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidupan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?
JIBAM (HARD COVER) 50%

JIBAM (HARD COVER)

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya, benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah
JIBAM (SOFT COVER) 50%

JIBAM (SOFT COVER)

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya, benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah
KABUS ADELA -50% 50%

KABUS ADELA -50%

Persahabatan yang dibaja dengan keikhlasan dan ketulusan antara Suraya dan Syidah menyemarakkan lagi hubungan mereka. Bahagia yang dinanti oleh Suraya, kekecewaan pula yang mengundang diri apabila cinta Mukmin beralih arah. Kecewanya rasa pabila diri tidak disayangi lagi. Hidupnya dihujani dngan air mata. Namun, kehidupan mesti diteruskan walau badai melanda sekalipun. Pasrah dengan ketentuan-Nya dan atas sokongan kawan-kawan Suraya bangkit daripada kekecewaan lalu. Setelah luka di hati telah terubat, Mukmin datang menagih kasihnya. Adakah kasih sayang untuk Mukmin telah ternoktah buat Suraya? Kehadiran Badrul Ihsan pula memberi sinar baru dalam hidup Suraya. Adakah bunga-bunga cinta berkembang lagi buat Suraya setelah dikecewakan sebelum ini? Bahagiakah yang menanti dalam hidupnya? Siapa pula yang terkecewa?
KABUS SENJA-50% 50%

KABUS SENJA-50%

Benarlah kata orang, dunia ini terlalu banyak liku dan cabarannya. Aku pernah cuba menafikannya. Bagiku di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.In… telah cuba sedayaku untuk memenangi hatimu. Aku tahu dia juga cuba menitip kasihmu namun aku lebih bernasib baik bilamana kau serahkan hatimu kepadaku untuk kubelai dan kubajai dengan kasih sayang kita bersama. Namun pengorbanan seorang sahabat membuatkan kau mengambil keputusan yang tak pernah kuduga. Apakah kau fikir kasih sayang boleh dipindah milik dan dijual beli sesuka hati? Kau ternyata salah, In… kau perjudikan kasih sayang kita di lelong masa dan kau menyandarkan hatimu yang parah kepada orang yang tidak tahu mahu menghargai kehadiranmu, sedangkan jalan pulang untuk kita semuanya sudah tertutup rapat. Aku rasa kehidupan ini kian tersepit dan terhimpit. Mereka yang di sekelilingiku hanya tahu mencemuh dan membenci. Lalu… salahkah aku andai aku terus begini? Duhai masa, jawablah…
KASIH ANTARA KITA-50% 50%

KASIH ANTARA KITA-50%

Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun, cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakah daya, hembusan angin yang lembut tidak dapat menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yang telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dengan pelbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya. Ahmad Zakuan lelaki kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dalam hidup Nur Asyikin. Sayangnya pelbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yang menjadi dambaanya itu? Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan cinta antara mereka yang mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin. Doakanlah penyatuan mereka itu.