Novel Remaja

Susunan Cari

NURUL NAIM-MASTERMIND RM5 50%

NURUL NAIM-MASTERMIND RM5

Kawalan keselamatan cukup ketat dan sistem penggera di Galeri Sejarah adalah yang tercanggih. Namun setem terawal di dunia yang bernilai sejuta Dolar Amerika yang dipamerkan di galeri itu lesap tanpa dikesan oleh pengawal keselamatan dan sistem penggera. Siapa yang begitu profesional mencuri stem itu? Persoalan inilah yang menyebabkan Nurul, Naim, Uzir dan Apai bersungguh-sungguh untuk menyiasat dan membongkarkan misteri di sebalik kecurian di galeri tersebut.
RAJA RIMBA RM5 50%

RAJA RIMBA RM5

Abang Semawi, lelaki seribu misteri yang heboh diperkatakan oleh orang ramai selama ini, sebenarnya hanyalah seorang manusia biasa. Itulah hakikat yang ditemui oleh Afeq setelah menemui lelaki itu di Bukit Maulut. Cuma yang masih menghairankan Afeq sekembalinya dari Bukit Maulut, mengapa lelaki itu dikaitkan dengan kejadian pembakaran setor dan mengugat pengawal keselamatan di tapak projek Bukit Maulut? Inilah yang menyebabkan Afeq dan kawan-kawannya kembali mencari lelaki itu untuk membongkar perkara sebenar.
REVOLUSI KENYIR RM5 50%

REVOLUSI KENYIR RM5

Hutan asli ini Bakung mahu jadikan tempat monyet membina kehidupan-tempat berbini dan beranak, tempat monyet menentukan haluan hidup tamadunnya. Sekali-sekala juga dijadikan tempat berehat untuk melapangkan fikiran. Bakung tidak faham mengapa orang bandar suka mengubah keindahan alam semula jadi. Apakah orang bandar benci pada kawasan yang asli dan indah? Malam ini revolusi akan diteruskan. Orang bandar tidak boleh sesuka hati hendak mengubah dan menguasai apa yang telah mereka warisi selama ini.