KABUS SENJA-50%
Benarlah kata orang, dunia ini terlalu banyak liku dan cabarannya. Aku pernah cuba menafikannya. Bagiku di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.In… telah cuba sedayaku untuk memenangi hatimu. Aku tahu dia juga cuba menitip kasihmu namun aku lebih bernasib baik bilamana kau serahkan hatimu kepadaku untuk kubelai dan kubajai dengan kasih sayang kita bersama. Namun pengorbanan seorang sahabat membuatkan kau mengambil keputusan yang tak pernah kuduga. Apakah kau fikir kasih sayang boleh dipindah milik dan dijual beli sesuka hati? Kau ternyata salah, In… kau perjudikan kasih sayang kita di lelong masa dan kau menyandarkan hatimu yang parah kepada orang yang tidak tahu mahu menghargai kehadiranmu, sedangkan jalan pulang untuk kita semuanya sudah tertutup rapat. Aku rasa kehidupan ini kian tersepit dan terhimpit. Mereka yang di sekelilingiku hanya tahu mencemuh dan membenci. Lalu… salahkah aku andai aku terus begini? Duhai masa, jawablah…
