LAYAR IMPIAN
Bersama sebuah impian yang belum mampu dilakarkan, dia hanya memendam rasa, menahan kecewa. Meredah hutan yang penuh gelora. Itu bukan kehendaknya. Ditinggalkan oleh ayah tercinta, sepi tanpa cinta yang menyulam rasa dan karam dalam lautan yang ketandusan kasih sayang setelah ibunya pergi bersama sebuah penderitaan yang disimpan terlalu dalam. Dia terus melangkah walaupun agak payah dan kakinya kadang-kadang tersadung dengan akar-akar yang mula menyelirat tubuhnya, berulang kali dia jatuh dalam lumpur yang penuh gelodak. Namun tidak sedikit pun langkahnya berkalih songsang. Baginya jalan dihadapan masih terbentang. Perlu diterokanya dengan penuh kesungguhan demi menggapai sebuah impian.
