KASIHKU DISINI-50%
Kasih itu telah lama dihatinya sejak terpandangkan gadis itu. Gadis yang menjadi pelajarnya. Malangnya kasih itu tidak bersambut malah dia hamburkan dengan kata-kata jelik dan menggores dalam luka di hatinya hingga menerbitkan sebungkal semangat yang kental. Kerana kata-kata penghinaan itulah dia kini dipandang tinggi oleh masyarakat dan digilai oleh ramai wanita. Namun gadis yang seorang itu…. Hatinya tetap ibarat ais di kutub. Biar dipahat bagaimana sekalipun, ia tetap tidak cair. Gadis itu begitu dingin dengannya. Apakah tiada ruang langsung di hati gadis itu untuknya? Dan dia sendiri… apakah ruang malu itu sudah tidak bermakna lagi apakala menghadapi gadis pujaan hatinya? Sanggupkah dia membiarkan dirinya serendah itu hanya untuk memiliki hati gadis beku seperti Nur Saza itu?
