Rosliza Razali

Susunan Penulis Lain

BIARLAH RAHSIA 50%

BIARLAH RAHSIA

Izzah Jika pungguk kesepian kerena rindukan sang rembulan... aku pula dilanda sepi kerena rindukan sang arjuna yang telah ditawan hatinya. Lantas salam yang dihulur bersambut sayang walau telah kutahu hubungan ini tak mungkin ke mana-mana. Zaki, kau seharusnya tahu yang dia lebih berhak, biarlah aku mengalah. Zaki Izzah... sejak mengenalimu aku berada di antara dua persimpangan sama ada harus meneruskan hubungan ini atau mempertahankan mahligai kasih kami yang telah lama tersergam. Namun setelah kau pergi, hati ini dilanda penderitaan... derita kerana tidak dapat memiliki ketulusan cintamu. Atas nama cinta akan kucuba menjadikan anyaman mimpi kita sebagai suatu kenyataan. Bersabarlah sayangku... Tengku Azhar Maafkan abang izzah karena menduakan kasihmu. Abang tak cukup kuat dalam mempertahankan mahligai kasih kita bilamana sekeping hati menjadi taruhan atas budi yang ditabur. Andai sayang pergi jua dari hidup abang, abang terpaksa merelakannya....
OMBAK CINTA-50% 50%

OMBAK CINTA-50%

Benih kasih ini kembali bercambah dengan lorong-Nya. Aku amat bersyukur mendapatkan kembali dirimu yang dulu. Kau hadir mengukir seribu kegembiraan buatku setelah dulunya hati ini jugalah yang kau lukai dengan torehan yang hanya kelihatan di rantaian masa. Kau hamparkan hatiku dengan kasih sayang, kau belai daku dengan usapan cinta yang tak pernah kering, namun kau jugalah yang meninggalkan aku buat kali keduanya dalam aku yang tidak bersedia dan gagal mengingati apa-apa. Lantas, salahkah aku menerima huluran cinta dan kasih sayang dari seorang yang benar-benar mengasihiku malah dapat menabat luka di hatiku yang telah kau gores untuk kesekian kalinya?