Rozita Abdul Wahab

Susunan Penulis Lain

BAHAGIA ITU MILIKNYA -50% 50%

BAHAGIA ITU MILIKNYA -50%

Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna ia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua. Gelaran yang mengundang gerhana dalam hidupnya. Kerana dituduh sebagai perampas suami orang, kehidupan rumah tangganya dilitupi duka hingga hampir meragut nyawa.
PERMATA ASMARA-50% 50%

PERMATA ASMARA-50%

Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yang ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali… hingga takut untuk jatuh cinta lagi… takut dikhianati… takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi negeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya…. Memiliki Adam adalah impiannya demi masa depan yang lebih bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yang baru bermula. Namun sekali lagi impiannya berantakan, percintaannya dan Adam ditentang… terhalang. Menjadikan hatinya duka lara. Iskandar hadir bagi menamatkan riwayatnya. Menuntut cintanya yang telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. Apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan untuknya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam, Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya….
SETELAH KAU PERGI-50% 50%

SETELAH KAU PERGI-50%

Athirah Tergamaknya aku merampas kebahagiaan kalian setelah aku kau berikan perlindungan. Dan sebelum aku kau berikan perlindungan. Dan sebelum aku menjadi manusia yang kejam, aku serahkan zuriatku ini padamu agar kau merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Juga aku kembalikan suami yang aku sayangi ini buatmu. Kerana aku sudah mula dapat merasakan betapa tamaknya aku dengan kasih sayang… Hisyam Aku mencintaimu, menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Segala-galanya berlaku tanpa sedar, bilamana gurau senda dan usikan mesra akhirnya berbungkam cinta. Demi Tuhan. Aku sesungguhnya tidak mampu membuang namamu dari hatiku. Aku ingin milikimu walau dengan apa cara… kerana di hatiku ada cinta, ada kasih sayang yang mendalam. Namun mengapa akhirnya kau pergi meninggalkan anak kita? Syakir Mengapa tidak pernah walau sekalipun kau berterus-terang denganku tentang statusmu? Tentang hatimu yang telah dimiliki oleh insan yang bergelar suami. Aku keliru… cemburu juga sudah tidak memberi apa-apa makna buatku. Athirah… aku tidak mampu jalani hidup ini sendirian tanpamu. Aku perlu cintamu untuk terus hidup… untuk terus bernafas…