Salina Ibrahim

Susunan Penulis Lain

ATAS NAMA KASIH -50% 50%

ATAS NAMA KASIH -50%

Nur Kasih ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanku nyawa-tragedi hitam itu sering-seringnya bertebaran dan bersipongang di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata, Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan. Dan si kecil itu, Suria melempiaskan resah yang mneruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan. Nur Kasih idamkan kehadiran seoang lelaki bergelar bapa. Lalu di ceruk mana harus Suria cari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan seorang gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bila mana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik buat dirinya...
KOMBINASI BUNGA CINTA-50% 50%

KOMBINASI BUNGA CINTA-50%

cabaran anak kampus menjadikan aku dewasa. Menjadikan sebahagian kehidupan terasa ada awal dan akhirnya. Ada permulaan dan ada penamatnya. Aku tidak mahu menjadi anak kampus yang lesu. Memiliki ilmu, namun kering semangat. Lalu aku cuba mencari wajah kalian di celah-celah awan hitam yang sarat… di desiran angin dan tempias hujan yang sesekali terhempas keras. Namun wajah kalian tiada di mana-mana. Puas kubongkah… puas kuhujam, kugali di balik kerikil-kerikil tajam… namun kalian tiada. Mengapa tiba-tiba kalian hilang suara? Meninggalkan aku dan kenangan lalu….
SYURGA DI HATI-50% 50%

SYURGA DI HATI-50%

Nurul Khadijah... Menjengah ke kamar ini...terasa bagai baru semalam kasihnya dibawa pergi Ku Aris. Masih terasa-rasa sedihnya. Masih terbawa-bawa rawannya. Kenangan-kenangan indah yang tidak mampu dikuis. Kian ditepis, kian menjeruk di ruang rasa. Menghitung rindu yang tidak berkesudahan, Nurul Khadijah sedar, sampai bila dia harus sendiri melayan hati. Sampai bila dia mahu menyisih daripada Ku Adam yang umpama jelmaan Ku Aris itu? Sampai bila... Ku Adam... Dia tidak akan mengkhianati kasih saudara sendiri kiranya Nurul Khadijah masih milik Ku Aris. Dia bukan insan kejam... dia masih waras dalam tindakan. Namun kini Ku Aris telah pergi meninggalkan isteri yang telalu baik hatinya... yang ikhlas budinya, yang cantik rupa parasnya... yang selama ini sering bermain-main di hati, ingin surinya juga begini, ingin surinya juga sebaik dan secantik kakak ipar yang disayangi. Sedang dalam diam hatinya juga mula jatuh sayang. Dan tidak salah rasanya dia memilih kakak ipar sendiri untuk dijadikan suri. Kerana hanya bulan dan matahari sahaja yang mustahil untuk digandingkan.
UNTUKMU HANA-50% 50%

UNTUKMU HANA-50%

Pilu dan keliru…segala-galanya bermukim di jiwa. Benarkah dia waris tunggal, penyambung keturunan mama dan ayah? Tetapi kenapa minat mereka tidak serupa… kecenderungan berbeza? Segala-galanya mengganggu, bersatu menjadikan kesempurnaan bagaikan asing tiba-tiba. Diakah yang lupa diri atau sejarah silam yang menjadikannya walang? Dia kalap. Mentari bersinar ceria rupa-rupanya membawa cerita duka. Dia bukan permata mama. Dia bukan srikandi papa. Dia entah siapa-siapa… entah susur galurnya di mana? Entah keturunan apa? Lalu Hana Athirah memulakan misinya sendiri-sendiri. Namun tatkala berhadapan dengan kenyataan semangatnya bagaikan hilang. Terbang. Ibu rupa-rupanya seorang wanita sejati, ibu rupa-rupanya seorang srikandi. Ibu kiranya masih sendiri-sendiri…dan dia kian keliru dengan kasih sayang ibu yang tidak bertepi.