TIKA RINDU BERBISIK-50%
Perlukah dikutip cebisan-cebisan luka lantas dicantum menjadi arca yang indah di pandangan tetapi sakit di jiwa? Untuk apa diungkit nostalgia lama yang mengaibkan kerana tiada gunanya untuk dikenang apatah lagi untuk disimpan? Kasih yang terhimpun terlerai satu per satu... dan entah ke mana aliran dan destinasinya aku tidak pasti. Hati diusik dan aku terusik kerana dia sudi menghulur simpati saat diri kehilangan upaya... Namun aku kecundang jua... aku tewas sebelum tiba di perhentian yang terakhir. Mungkinkah sudah ternoktah segala nestapa yang menjadi igauanku selama ini?
