Sazlina Sulaiman

Susunan Penulis Lain

KAU MILIKKU-50% 50%

KAU MILIKKU-50%

Hanim telah puas menangis, membilas air mata seorang Farah yang menerima apa sahaja datang sebagai takdir. Farah yang lemah dan suka menyerah. Menjadikan takdir sebagai satu ketetapan yang tidak mampu diubah-ubah. Lalu membiarkan musim-musim deritanya menjadi satu kenangan yang parah. Perit membulat tekad, Farah cuba mengharungi dunia Hanim yang penuh gemilang. Walau sesekali terpaksa menoleh ke belakang, dia tidak akan berundur menyerah kalah. Dan di dada kanvas Hanim, Farah melakarkan impian dan harapan, cinta dan kasih sayang, menjejak kembali musim-musim duka yang pernah ditinggalkan. Bersama Iskandar, jejaka pujaan… yang dicintai di dalam diam, Farah Hanim kembali mengutip bunga-bunga cinta yang layu di pusara.