Sharfiza Mokhtar

Susunan Penulis Lain

SUATU PENANTIAN-50% 50%

SUATU PENANTIAN-50%

Kak Farah… Ikatan persaudaraan ini akan kekal selagi kita berpaut kukuh menegakkannya. Walau apa terjadi sekalipun, ingatan terhadapmu tidak pernah mati. Kasih ini tetap subur untukmu. Hati ini hanya mengakui bahawa kaulah kakak yang melengkapkan kelangsungan hidup ini. Ingatkah kau Kak Farah bahawa kita pernah melukis rembulan tika menyulam hari-hari bahagia bersama? Namun kau kejam kerana bersembunyi tika lakaran yang kita lorekkan bersama masih belum sempurna. Pulanglah Kak Farah… Ju teramat ingin melihat lakaran kita siap sempurna. Kasihanilah Ju, Kak Farah kerana Ju teramat takut andai tika Kak Farah pulang nanti, kita tidak mungkin akan dapat menyiapkan lakaran itu sampai bila-bila…