SETULUS CINTA-50%
Perhubungan yang istimewa terjalin antara Ain dan Zam, jiran yang dikenali sejak kecil lagi. Zam dianggap sebagai seorang abang dan sahabat baik bagi Ain. Kekecewaan dalam percintaan membuatkan Zam akhirnya jatuh hati kepada Ain. Hadirnya Hadi terlebih dahulu dalam hidup Ain memberi satu halangan kepada Zam. Azim, kawan sekuliah yang popular turut menaruh hati terhadap Ain. Masalah yang menimpa pada Hadi menyebabkan Ain berkorban dengan mengahwininya. Namun, hatinya dikecewakan dengan cinta Hadi yang tidak tulus. Ain diceraikan dan dikahwinkan dengan Zam yang direstui oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Adakah akan ada bahagia meniti dalam hidup Ain? Adakah Zam tulus mencintainya?
