Siti Hasneza Abdul Hamid

Susunan Penulis Lain

ANGIN DINGIN DARI UTARA -50% 50%

ANGIN DINGIN DARI UTARA -50%

Seperti sepohon kemboja yang tegar, dia bersendirian mengharungi cabaran hidup di perantauan. Sebagaimana batang kemboja yang keras menahan setiap gores dan calar, begitu hatinya dikeraskan untuk menerima segala kemungkinan. Namun setegar kuntum kemboja, kelopaknya lembut mewangi. Begitulah dia yang jika dikenali dan didekati, membahagiakan dan penuh dengan cinta yang membara, pada keluarga, pada negara, pada agama dan pada suaminya. Jika kemboja bunga pusara, sampai berkuburkah dia di sana?
CEMBURU SORG PEREMPUAN -50% 50%

CEMBURU SORG PEREMPUAN -50%

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya’... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahnmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali kau rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mempu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal...
MIMPI KITA SERUPA-50% 50%

MIMPI KITA SERUPA-50%

Tanpa sedar... kita sebenarnya banyak persamaan. Kebetulan barangkali atau kita sememangnya serasi... Nyatanya Tuhan tetap tidak memberi kesempatan untuk kita sama-sama membuktikan. Ada rasa terkilan, dicubit rasa kecewa bila diri bukan pilihan hati. Namun ada jangkauan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mancintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya? Halangan bukan jalan terbaik bagi memisahkan mereka. Mereka sudah cukup dewasa.... Lalu Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata.... bertahun lamanya begitu. Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya,. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz, biarpun kini mereka sekeluarga. Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada siapa yang menjangka... tanpa ada yang sedar kiranya Fawwaz dan Yang Hasmira telah lama bertemankan air mata...
SONATA KASIHKU 50%

SONATA KASIHKU

Aku ibarat kuda yang patah kakinya… berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan… demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi… izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali. Di sebalik sonata kasihku… aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu’ oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik… akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.