Siti Zabeha Ibrahim

Susunan Penulis Lain

DIUSIK SAYANG -50% 50%

DIUSIK SAYANG -50%

Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian... membina harapan yang muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan-angan yang membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yang teristimewa. Hanya untuk kau dan aku. Kita berdua selamanya... dan kerana semua itu, Hafizi meletakkan hatinya di sisi Farahin untuk digandingkan bersama, untuk dijadikan permaisuri hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, ‘penderaan mental’nya selama ini telah membekukan hati seorang Farahin yang dahulunya pernah berdarah. Diasak saban waktu dengan kerenah-kerenah yang melemaskan, cemburu yang tidak masuk dek akal... Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin pula kian bungkam dan gerah berhadapan dengan konfrontasi yang tidak pernah sudah. Kerana merasa kasih insan terbuang... Farahin meminggir bersama rajuk yang panjang. Dan rasa cinta ini, Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dengan harapan akan diarak pulang cintanya yang satu ini.
YANG TERISTIMEWA-50% 50%

YANG TERISTIMEWA-50%

Sampai bila diri ini harus dijadikan sandaran buat pengubat rindu anak-anak itu? Dia ikhlas menghulur kasih, dia tulus menyulam sayang. Namun mengapa semua ini harus disalahertikan? Mengapa ada rasa kurang senang... sedang Ain dan Iman adalah amanat Nursarah buatku. Amanat yang akan aku junjung selagi terdaya. Mana mungkin aku biarkan si kecil itu dahagakan kasih ibunya.dan selagi terdaya, seluruh kasihku tumpah buat mereka. Kerana ibu mereka adalah sahabat baikku... yang aku sayangi... yang begitu aku rindui setelah dia pergi...